Ijtihad Masa kini Adalah Berdasarkan Penyelidikan Akademik – Mahmood Zuhdi

0
655
Mahmood Zuhdi - Jumaat Live

Perkembangan sains dan teknologi telah melahirkan pelbagai isu dalam hukum semasa. Beberapa isu dalam dunia Islam seperti isu kepenggunaan, perbankan, teknologi dan sebagainya memerlukan ijtihad kontemporari bagi menyelesaikan masalah tersebut. Persoalannya bagaimanakah bentuk ijtihad masa kini yang diperlukan?

Menurut Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid yang merupakan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), ijtihad masa kini adalah dalam bentuk penyelidikan akademik dan penyelidikan Ilmiah. Ia boleh dilakukan berasaskan kepada sesuatu kepakaran yang ada oleh seseorang individu tersebut berdasarkan kepada kepakaran maksimum yang dimiliki olehnya.

Menurut beliau lagi dalam forum “Jumaat live” yang disiarkan di laman Facebooknya pada 7 Februari 2020 bertajuk “Antara Ijtihad dan taklid”, panduan asas kita adalah Usul Fiqh, kemudian perlu diadun dan diperkukuhkan antara Usul Fiqh dengan dengan metode penyelidikan masa kini agar kajian tersebut benar-benar memberi impak dan dapat menyelesaikan isu-isu dalam masyarakat.

Menurutnya juga, kebanyakkan kaedah Usul Fiqh yang dahulu, wujud kelompangan dalam metodologinya yang menyebabkan kita tidak boleh nak ijtihad kerana tiada mekanisme ke arah tersebut. Namun melalui metode penyelidikan yang digunakan pada masa kini, ia mampu membina mekanisme terhadap prinsip yang ada dalam usul tersebut. Jadi, “Kita tak boleh nak tolak metode research tersebut dengan alasan ianya  bukan Islamik”.

Dalam perbincangan santai bersama tetamu jemputan Dr Mohamad Kamil, Mahmood Zuhdi menjelaskan yang penyelidik masa kini perlu mengadun ilmu-ilmu semasa kerana literatur kepustakaan Islam itu adalah amat besar. “Dan dikatakan seorang mujtahid yang bersungungguh-sungguh adalah seorang penyelidik yang serius dalam penyelidikan mereka”. Tambah beliau lagi, “kalau seseorang yang buat penyelidikan dengan tujuan untuk naik pangkat itu bukanlah dinamakan penyelidik yang sebenar.

Lihat video penuh perbincangan di Facebook Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid

Antara Ijtihad dan Taqlid

Posted by Prof. Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid on Khamis, 6 Februari 2020

Dalam pada itu, beliau mengulas tentang konsep “ulama” pada masa kini yang boleh dilihat berdasarkan kepada peringkat-peringkat pengajian mereka. Seorang yang ada degree itu adalah satu tanda peringkat keulamaannya.

“Beliau dapat barchelor dan digelar sebagai sarjana yang muda. Pada peringkat selanjutnya apabila beliau mendapat sarjana, beliau adalah master  dalam ilmunya. Ini kerana beliau mempunyai penyelidikan dan pandangannya yang tersendiri. Kemudian apabila beliau menyiapkan kajian diperingkat PhD pula bermaksud beliau adalah seorang yang ber”philosophy” yang boleh berfikir tentang prinsipnya sendiri. Namun, kalau seorang yang mempunyai PhD dan hanya sekadar tangkap muat dalam penulisannya, dia tidak boleh dikira mujtahid sebaliknya dia hanya sekadar bertaklid sahaja. Oleh itu, kalau kita gunakan kriteria ini dalam PhdNya, maka ia tidak akan lulus dalam tesisnya.”

“Inilah sebenarnya dunia moden yang memberi kepada kita kedudukan intelektual yang tinggi pada masa kini. Kita hendaklah mengambil kira kaedah metodologi tersebut serta perlu membuat review berasaskan kepada realiti yang ada. Sebagai contoh isu “New Water” di Singapura, adakah boleh digunakan untuk berwuduk atau tidak?   Jadi pentingnya untuk kita menguasai ilmu sains yang berasaskan kepada mekanikal dan “chemical” yang tidak boleh ditolak kerana ia membawa kebaikan kepada masyarakat.”

Oleh itu, amatlah penting penyelidik masa kini menguasai bidang kepakaran dan pengkhususan masing-masing agar ijtihad kontemporari dapat dilakukan bagi menyelesaikan isu-isu semasa dalam masyarakat.

BACA JUGA: “Dia Umpama Ayah, Guru dan Kawan”. Kini Dua Orang Tokoh Adik Beradik Bergandingan Dalam Jumaat Live

BACA JUGA: Kat Mana Nak Belajar Secara Talaqqi Hujung Minggu di Kuala Lumpur?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here