Kenapa Penerima GKP Tak Layak Terima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

9
414
Kenapa Penerima GKP Tidak Layak Menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Ada dalam kalangan masyarakat yang mengecam penerima  Geran Khas Prihatin (GKP) kerana mengeluh tidak lulus Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Mereka mengatakan penerima GKP itu terlalu tamak serta tidak kurang juga yang memaki hamun penerima GKP.

Golongan penerima GKP ini paling terkesan berbanding penerima Bantuan Prihatin Rakyat  yang bekerja dengan majikan.

Penerima BPR lain hanya fikir tunggu gaji bulanan walaupun gaji basic setiap bulan serta masih mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.

Golongan Penerima GKP Paling Terkesan berbanding penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

1. Nak pusing modal perniagaan

2. Nak bayar sewa kedai / gerai / tapak

3. Nak bayar bil api dan air

4. Nak bayar duit lesen PBT

5. Nak bayar gaji pekerja

6. Nak bayar rumah sewa

7. Nak bayar duit kereta dan motor

8. Nak bayar komitmen astro, coway dan sebagainya

9. Beli barang dapur rumah

10. Duit belanja anak-anak sekolah

11. Duit mak ayah di kampung

12. Duit hutang perniagaan seperti Tekun Nasional, Mara, AIM Dan sebagainya

Tidak perlu mengecam penerima GKP

Namun yang bukan golongan peniaga sangat senang mengecam penerima GKP dengan mentatakan; tamaklah, bodohlah, serta memaki hamun penerima GKP.

Kenapa nak hina dan kutuk penerima GKP yang mengeluh sebab tidak lulus BPR? Golongan penerima GKP rakyat biasa juga. GKP khas untuk golongan perniagaan dan BPR untuk rakyat itu kelebihan penerima GKP yang boleh menerima sebab golongan penerima GKP paling berisiko tinggi untuk kukuhkan pendapatan ketika pandemik covid 19 sekarang ini. 

Apabila diarahkan oleh kerajaan tidak dibenarkan beroperasi perniagaan, maka golongan penerima GKP ini paling terkesan. Jadi salahkah golongan mereka berharap pada penerimaan BPR untuk buat lepas lepas bayar apa yang patut.

Kerajaan Perlu Kaji Perbaiki Sistem Bantuan GKP

Sepatutnya kerajaan kena kaji selidik semula bagi faktor penerima GKP tidak layak menerima BPR. GKP adalah untuk perniagaan dan BPR untuk rakyat. 

Yang jadi perbezaanya adalah penerima BPR yang tidak menjalankan apa apa perniagaan tidak layak memohon GKP kerana tiada sebarang perniagaan yang dijalankan. 

Maka penerima GKP pula lebih layak menerima BPR dan GKP kerana mereka golongan peniaga dan juga sebagai rakyat B40. 

Apabila PKP dilaksanakan, golongan penerima GKP paling terkesan banyak faktor yang mereka perlu tanggung.

Bukanlah penerima GKP tamak perlukan bantuan lagi. Namun,  mereka mengeluh kerana mereka sememangnya memerlukan bantuan tambahan lagi.

Sebagai contoh, Ali seorang peniaga burger tepi jalan, Apabila pelaksanaan PKP, waktu perniagaan sudah dipendekkan daripada biasa orang awam tidak keluar membeli.

Dengan modal RM3,000 dan RM1,000 yang telah diterima sudah pusing modal perniagaan membayar 12 komitmen yang senaraikan di atas

Mohon Kerajaan Pertimbangkan Semula Penerima GKP Untuk Menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Adakah cukup secara one off bantuan yang diberikan? Lagi kalau kerajaan tidak membenarkan golongan peniaga beroperasi ketika PKP lagilah golongan seperti Ali makin serabut mana nak cari duit lain untuk bayar komitmen – komitmen pada senarai di atas

Bagi penerima BPR B40 yang bukan penerima GKP tidak perlulah mengecam lebih – lebih pada golongan penerima GKP ini

Anda bekerja dengan majikan ada gaji basic setiap bulan. Menunggu gaji masuk bank setiap bulan tanpa memikirkan nak keluar modal perniagaan. Bayar lain-lain komitmen macam penerima GKP.

Penerima GKP bekerja makan gaji harian. Jika 30 hari tiada jualan, maka peniaga boleh gulung tikar apatah lagi dalam keadaan gawat seperti sekarang ini.

Penerima GKP lebih layak untuk menerima BPR kerana golongan B40 penerima GKP bukannya kaya raya. 

Adalah harapkan kerajaan mengkaji semula sektor penerima GKP yang tidak layak menerima BPR.

Bukan mudah dalam urusan perniagaan ketika ini adalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih ada di negara malaysia.

Yang bekerja tunggu gaji masuk setiap bulan itu duduklah diam-diam sebab anda tidak layak bersuara mengecam penerima GKP yang berharap untuk menerima BPR juga. 

Luahan; Tuan AJ daripada Group GKP Tambahan & GKP 3.0 (RM1,000) 

Group geran khas prihatin 3.0
Sertai Group GKP Tambahan & GKP 3.0 (RM1,000) di Facebook untuk perbincangan selanjutnya
Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2021; https://t.me/bantuanrakyatmy

Bagi mereka yang tidak lulus BPR fasa kedua ini, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan BPR fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi.

9 COMMENTS

  1. Saya sebagai penerima GKP yang tidak layak menerima BPR sangat setuju dengan pendapat Tuan AJ dari group GKP.Cara beliau berfikir sangat jelas dan merangkumi keseluruhan aspek yang perlu kerajaan pertimbangkan hari ini,seperti saya yang hanya bekerja sendiri sebagai pemotong rumput dan berpendapatan kurang dari 2000 sebulan sangat terkesan kerana tidak ada lagi yang melanggan saya untuk membuat perkhidmatan memotong rumput ke rumah mereka ekoran PKP,sebelum ini saya adalah penerima GKP dan BPR(update) yang diberi sejak zaman Najib lagi,saya berharap BPR boleh meringankan beban sebagai rakyat berkelas B40,dan berterima kasih kepada kerajaan juga kerana memberi GKP sebagai Modal kerja,malangnya BPR fasa 2 dan seterusnya tidak lulus dan tidak berpeluang untuk rayuan.Bayangkan mereka yang menerima BPR juga mendapat subsidi upah dari PERKESO,I-Sinar,mendapat beberapa peratus gaji mereka walaupun tidak turun bekerja,bantuan sampingan dan tambahan lain yang disediakan kerajaan…lalu bagaimana kami golongan B40 yang ada lesen PBT yang pernah memohon GKP secara Automatik tidak boleh menerima BPR?kami tidak mempunyai pilihan,dengan GKP tu kami terpaksa berjimat,untuk menanggung kos sara hidup,bila PKP dah tamat kami terkontang kanting tidak punya modal kerana sudah digunakan untuk barang dapur dan kos2 lain.sementara golongan B40 yg menerima BPR pula hanya perlu masuk kerja semula…Adil ke? Tamak ke? Saya mohon sangat2 kepada kerajaan agar pertimbangkan kebajikan kami kerana kami juga golongan B40 yang sangat terjejas,tolong la bezakan apa itu GKP(suntikan Modal perniagaan) dan BPR (bantuan prihatin Rakyat bagi membantu kos sara hidup.)

  2. Saya sebagai penerima gkp yg tidak layak terima bpr setuju dgn pendapat tuan AJ dari group GKP…kami jugak tiada simpanan kwsp atau simpanan lain…kami mengharap hasil perniagaan semata2..dn dgn bantuan gkp serta bpr…utk kami membayar apa yg perlu semasa pkp ni..tetapi kerajaan telah sekat bantuan bpr pada golongan yg menerima gkp..sedangkan bantuan gkp hanya cukup2 utk kami buat mkn sekeluarga..tetapi bagi perniagaan kami tidak mencukupi..jika kerajaan memberi tambahan rm3k atau 5k utk kami jln kan perniagaan kami alhamdulilah…ni tidak hanya tambahan sedikit utk elak kan dari kami penerima gkp berbunyi…sedang kan i-sinar utk pengeluaran x ke 2 insyaallah kerajaan luluskan…tetapi bagi kami yg kerja sendiri tiada wang simpanan pekerja (kwsp)..mcm mana..nk hidup…sekurangnya tambahan GKP bg kami peniaga di naik kan rm3k atau 5k..sejuk sikit hati kami..dn dpat membantu kami..kami harap pihak kerajaan dapat mberi pertimbangan bg kami..yg hanya mengharap kan hasil perniagaan sahaja..sekatan bg kami bpr dn dgn tambahan yg sikit gkp tidak dapat membantu kami yg mempunyai keluarga yg ramai..kami tiada pendapatan lain selain keuntungan niaga sahaja..pkp..lockdown..poket kami pun ikut lockdown….org lain yg menerima bpr b40 dll ada jugak gaji bulanan serta i-sinar pengeluaran kwsp…tetapi kami yg menerima gkp…hanya tu sahaja..adakah berbaloi bagi kami golongan mcm kami…

  3. Saya juga setuju.. Perniagaan saya juga terjejas teruk.. sebab perkhidmatan catering.. BPR juga perlu diluluskan untuk penerima GKP untuk kelangsungan hidup.. GKP untuk kelangsungan perniagaan..

  4. BPR tidak layak…jd kami tidak layak mendapat mysalam…ape akan jd jika kami disahkan karantin disebab kan covid?Ape bantuan yg dpat kami claims…sungguh tidak adil…hanya suami seorang sahaja berniaga….bagaimana dgn isteri n anak2 kami….bantuan ape yg dpt menyara kami sekeluarga….kenapa kami tidak layak mysalam hanya kerana tidak lulus BPR.sedangkan hanya berniaga kecil2an skrg tiada pendapatan lg..harap pihak kerajaan dpt membuat sesuatu buat kami2 yg tiada perkerjaan n tidak menerima bantuan rakyat…kami hanya dpt GKP..tiada bantuan lain buat anak2 n keluarga

    • Betul tu Puan Zue, ramai juga yang mengeluh kerana ditolak BPR mereka hanya semata-mata pasangan atau diri mempunyai SSM, sedangkan SSM bukanlah bukti dia menjadi golongan M40.

      Sedangkan dalam tempoh PKP ini banyak perniagaan tidak dapat dibuka apatah lagi jualan yang semakin menyusut.

  5. tak kira GKP atau B40 tanpa GkP, status sama shj, ada yg senang,ada jg yg susah. Tetapi tindakan kerajaan skg membatalkan BPR b40 bagi yg dpt GKP akn memberikan persepsi negatif rakyat kpd kerajaan skg. Keikhlasan mbantu rakyat kini mula diragui rakyat. Ada rakyat yg b40 tp dpt GKP amat terkejut krn bntuan BPR mrk dibatalkan, sedangkan sblm ini xde masalah. Ini memberi gmbrn kerajaan skg seakan mengurangi bantuan. Bukan semua GKP senang, demikian plk ada BPR B40.
    sewajarnya kerajaan skg tak perlu mbatalkan BPR yg tlh diberi kpd penerima lama kcuali mmg terbukti mrk itu dpd golongan yg mewah.

  6. Sy pun gkp jugak tanggungan 5 sy ada Ssm makanan dan perhiasan lelaki dan wanita sedang kan kami niaga pasar MLM jual baju dan alat mekap je..nk jual makanan modal pun xde saja amuk untuk makan tu sy amik MCM kat Ssm tu tapi kami cuma baju dengan mekap je niaga tapi dah MCM kayangan sedang kan sehari nk dapatkan rm50 pun susah barang kami bukan banyak pun..xsampai 1k tapi dah MCM niaga kayangan …tolong lah sy niaga pasar MLM kais pg MKN pagi kais petang MKN petang…kalau tau gkp xdpt BPR xnk mohon gkp😭menyesal mohon gkp…gkp kayangan padahal barang sy niaga pun model xsampai 1k pun…menyesal tulis setahun dpt 5k padahal xdpt pun setahun 5k..😤😤😭 sedangkan modal pun 1k pun xde….mmmmm

  7. Sy percya semua penerima gkp sgt terkesan kerana covid dn pkp. Spt sy yg sgt terkesan. Suami pula stroke baru2 ni dn perniagaan mkn sy sgt terjejas.
    Sy x faham knp kerajaan membatalkan hak bpr pd yg ada ssm. Sedangkn mrk tau pks bukanlah kaya dn berduit. Skrg semuanya x dpt. Baik bpr bpn bkc dn mungkin nnti ada b b b apa pulak semua x layak sbb berniaga. Sedabgkan kjaan patut tau peniaga pks ni ada jual ikan pisanng goreng keropok air sememangnya ramai. Ini semua peniaga kecil yg pendapatan sgt lh x seberapa.

    Nampaknya sy pn x bleh minta mysalam utk suami stroke sbb bukan lg tergolong b40 dn x layak b apa2 pn. Kerajaan baru ni sgtlh harus pertimbangkn semula. Sebelum ini xde masaalah.

  8. Adakah suara kita didengar atau di biarkan mcm tu saja….GKP kenapa tidak layak untuk BKC…kami juga rakyat terjejas di sebabkan covid..sy sendiri tgh kuanritin….. PERDANA MENTERI MALAYSIA….NOTED

Comments are closed.