Tuesday, March 19, 2024
HomeInfoPermohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 Tahun 2021

Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 Tahun 2021

Bagaimana ingin merayu untuk permohonan rayuan BPR fasa 2? Bila tarikh rayuan akan mula dibuka?

Ramai yang mengadu tidak lulus Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 2 setelah pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz beberapa hari sebelum hari raya yang lepas.

Ada yang lulus BPR fasa pertama tetapi tidak lulus BPR fasa kedua dengan kod alasan yang berbagai-bagai.

Bagi mereka yang tidak lulus BPR fasa kedua ini, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan BPR fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi.

Tarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2

SMS 62033 Tidak lulus Bantuan Prihatin Rakyat

Bagi yang mendapat sms dari nombor 62033 dengan status “TIDAK LULUS Bantuan Prihatin Rakyat”, anda sebenarnya masih berpeluang untuk mengembukakan permohonan rayuan BPR fasa 2.

Tarikh mengemukakan permohonan rayuan ini akan mula dibuka mulai 15- 30 Jun 2021 (15 hari).

Menurut Tengku Zafrul Aziz dalam siaran media pada 4 Mei yang lalu;

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Cara membuat rayuan BPR Fasa 2 di laman web https://bpr.hasil.gov.my

Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 boleh dibuat  dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pada ikon ‘Rayuan’  yang akan muncul mulai 15 Jun 2021. Jika cari icon ini sekarang tidak ada kerana permohonan rayuan belum dibuka.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  4. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  5. Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.

Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2

Antara kod alasan yang popular tidak lulus BPR adalah;

KodKod Keterangan
36Pemohon atau pasangan adalah penerima GKP
31 Status perkahwinan perlu pengesahan
39Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan termasuk perniagaan

Semakan Status  kelulusan BPR Fasa 2

Semakan status BPR 2021 boleh dibuat melalui: 

  1. Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my dengan memilih Log Masuk; atau
  2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 4.30 petang); atau
  3. Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Cara semakan BPR melalui portal

Untuk melihat sama ada anda lulus atau tidak BPR melalui portal BPR, sila ikuti langkah berikut;

  1. Buka laman web https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Klik pada log masuk di penjuru kanan
  3. Masukkan No MyKad (12 digit) dan klik semak
  4. Seterusnya anda akan ditanya “Adakah ini kata kunci keselamaan anda?”  

Kata Kunci Keselamatan merupakan huruf atau nombor yang didaftarkan sebagai pengesahan ketika anda mendaftar permohonan BPR. Kata kunci ini terdiri daripada huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol bukanlah kata kunci kerana ia tidak dibenarkan ketika mendaftar.

  1. Klik Ya sekiranya kata kunci yang dipaparkan adalah sama sebagaimana yang didaftarkan
  2. Masukkan kata laluan dan tekan log masuk
  3. Sekiranya anda berjaya log masuk semak status kelulusan anda pada “Semakan Status”

Saya Terlupa kata laluan untuk log masuk bpr.hasil.gov.my

Sekiranya anda terlupa kata laluan (password)  semasa ingin  Log Masuk MyBPR, anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBPR  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan  
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 / e-mel tidak sah  
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat  
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Adakah mereka yang menerima GKP layak juga menerima BPR?

Ramai pemohon dan penerima GKP yang kecewa kerana tidak lulus BPR Fasa kedua.

Sedangkan ada dalam kalangan mereka sebelum ini tidak ada masalah dan lulus Fasa pertama.

Penerima GKP adalah dalam kalangan orang yang berniaga atau PKS. Perintah Kawalan Pergerakan terlalu memberi kesan kepada PKS untuk meneruskan kehidupan seharian mereka yang bergantung sepenuhnya kepada perniagaan kecil-kecilan.

Apabila saat-saat akhir diberitahu penerima GKP tidak layak menerima BPR apatah lagi beberapa hari sebelum hari raya, ia merupakan satu kejutan kepada ramai penerima GKP sebelum ini.

Persoalannya adakah penerima GKP layak menerima BPR sebagaimana dalam syarat yang dikemukakan sebelum ini?

Dalam soalan lazim GKP 3.0 yang dikemaskini pada 7 Mei 2021 mengemukakan maklumat berikut.

Sumber: Portal Rasmi Geran Khas Prihatin

Peringatan daripada Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan menasihati rakyat agar sentiasa berhati-hati dengan dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan BPR dengan membina laman sesawang yang mirip seperti laman BPR.

Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat pada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Hanya ada satu portal BPR iaitu;

https://bpr.hasil.gov.my/


Berapa sepatutnya jumlah bayaran BPR fasa 2 yang akan dapat?

RELATED ARTICLES

Most Popular