Saturday, September 30, 2023
HomeInfoLocum Apps: Aplikasi Baharu Buat Kakitangan Perubatan Malaysia

Locum Apps: Aplikasi Baharu Buat Kakitangan Perubatan Malaysia

Locum Apps: Aplikasi Baharu Buat Kakitangan Perubatan Malaysia | Manusia pada umumnya mempunyai minat, sikap dan kepandaian yang berlainan. Maka, perlulah bersatu hati untuk sama-sama berusaha mencari kesempurnaan hidup.

Jika kita lihat pada masa kini, pelbagai teknologi telah dicipta dan kita dapati bahawa teknologi ini telah pun membantu seluruh masyarakat di dunia dalam kehidupan seharian mereka seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya.

Kemajuan teknologi juga sangat penting dalam industri kesihatan. Ini kerana dengan adanya teknologi yang canggih, ia dapat membantu kakitangan perubatan untuk menyelamatkan pesakit dengan cepat dan mudah.

Boleh dikatakan setiap orang pasti memiliki telefon pintar dan pelbagai benda kita dapat lakukan dengan telefon pintar seperti menghantar mesej, mengambil gambar dan sebagainya.

Telefon pintar dalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi.

Aplikasi telefon pintar yang menarik semakin banyak dibangunkan dan pengguna-pengguna berlumba-lumba memuat turun aplikasi canggih sesuai dengan keinginan dan kehendak mereka masing-masing.

Pada tanggal 3 mei 2020, sebuah syarikat iaitu WeAssist Sdn Bhd telah melancarkan sebuah aplikasi telefon pintar khas untuk kakitangan perubatan dan aplikasi itu dinamakan sebagai Locum Apps.

Locum Apps adalah satu aplikasi yang menghubungkan kemudahan penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik dengan kakitangan lokum. Lokum ialah seseorang yang menjalankan tugas orang lain dalam profesion yang sama, terutamanya doktor, untuk sementara waktu semasa ketiadaannya kerana bercuti.

Locum Apps yang telah diasaskan oleh WeAssist Sdn Bhd adalah untuk membantu memastikan kemudahan penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik tidak pernah kekurangan tenaga terutama pada saat-saat kritikal seperti wabak global yang sedang kita lalui sekarang.

Terdapat 3,085 kakitangan lokum yang telah mendaftar di dalam Locum Apps. Pada permulaannya selepas pelancaran yang agak perlahan tetapi Locum Apps telah menyediakan hampir 300 jam pekerjaan lokum di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Perak, Selangor dan juga Terengganu.

Pada tanggal 12 September 2020, Locum Apps telah mengadakan satu projek tanggungjawab sosial korporat iaitu membantu melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas golongan orang tua di Rumah Charis.

Rumah Charis adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Pendeta Teo How Ken sebagai rumah untuk ditempati oleh orang tua. Mereka mempunyai lebih kurang 20 orang tua dan kesemuanya tidak mempunyai anak.

Locum Apps menghantar sepasukan kakitangan perubatan yang dianggotai oleh seorang doktor lokum, dua orang jururawat dan empat orang kakitangan biasa.

Mereka melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan ujian glukosa. Mereka mengutip derma untuk membiayai dana bagi membeli peralatan-peralatan perubatan seperti ujian glukosa dan sebagainya.

Atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat Malaysia dan penderma, projek tersebut berjalan dengan sangat baik dan lancar. Orang-orang tua di Rumah Charis sangat gembira kerana mereka dapat memeriksa kesihatan setelah beberapa bulan tidak diperiksa disebabkan oleh keadaan yang kurang baik iaitu tercetusnya pandemik koronavirus di Malaysia.

Locum Apps juga telah memberikan makanan dan pelekat ‘Locat’ kepada IIQ70+ iaitu sebuah persatuan yang menyediakan rumah perlindungan bagi mereka yang kurang upaya intelektual atau cacat mental, dan IQnya di bawah 70.

Pelekat ‘Locat’ merupakan salah satu barang pengeluaran Locum Apps. Pelekat ‘Locat’ itu akan diberikan kepada sesiapa yang menderma untuk ‘Locum Charity’. Locum Apps ada menjual beberapa barang seperti buku dan aksesori telefon.

Locum Apps ingin mengadakan projek seperti ini dimasa akan datang. Mereka telah pun merancang untuk melakukan projek ini pada setiap tahun bagi membantu orang-orang yang memerlukan lebih-lebih lagi orang-orang tua, anak-anak yatim, orang miskin dan juga pelarian.

Mereka juga mengharapkan agar rakyat Malaysia dan kakitangan kesihatan memberikan sokongan dan bantuan dengan menderma atau menjadi sukarelawan untuk projek tersebut. Masyarakat Malaysia boleh melawat laman web Locum Apps di www.locumapps.com untuk maklumat lanjut.

Artikel ini dikongsikan oleh Fatin Athira dari WeAssist 


Urusan di premis, kedai atau majlis keraian menjadi lebih mudah sekiranya anda menggunakan aplikasi MySejahtera untuk pengunjung mendaftar kehadiran mereka.

RELATED ARTICLES

Most Popular