Wednesday, September 27, 2023
HomeInfoLogo dan Tema Belanjawan 2021 Malaysia

Logo dan Tema Belanjawan 2021 Malaysia

Belanjawan 2021 yang akan  di bentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada awal November 2020 membawa konsep dengan tema dan logo yang tersendiri. 

Tahun hadapan dilihat suatu cabaran ekonomi buat negara di mana belanjawan pada tahun 2021 perlu mengambil kira pelbagai aspek ekoran negara yang dilanda dengan covid19. 

Ini kerana ia akan memberi impak ekonomi kepada setiap lapisan masyarakat. 

Oleh yang demikian, sudah pastilah Kementerian Kewangan Malaysia sudah menyusun strategi dan langkah bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menerima manfaat melalui belanjawan yang dibentangkan. 

Tarikh Belanjawan 2021

Kerajaan menetapkan 6 November 2020 (Jumaat) sebagai tarikh pembentangan Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 akan di bentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dalam sidang Dewan Rakyat tersebut. 

Maksud Logo belanjawan 2021

Secara keseluruhan, Logo Belanjawan 2021 merangkumi (3) aspek reka bentuk iaitu warna, corak dan fon.

Warna & Tona Utama: Ungu = Tona warna utama logo Belanjawan 2021 melambangkan kemakmuran bersama dalam usaha Kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi negara.

Corak Batik Malaysia &  Jalur Gemilang = Posisi Jalur Gemilang melambangkan tinjauan pemulihan ekonomi yang optimistik dan berdaya tahan. Corak batik Malaysia adalah simbolik dengan perpaduan, serta semangat dan nilai kebangsaan termasuk sokongan kepada industri, perniagaan dan bakat tempatan. 

Jenis Huruf = Huruf Noto Sans  dipilih sebagai huruf teras yang  membawa  ciri-ciri  moden,  ringkas  dan profesional.

“2” dan  “1” = ‘2’  dan  ‘1’  disambungkan sebagai lambang kesepadanan inisiatif-inisiatif  Belanjawan  2021 yang merangkumi Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi. 

Infografik berikut menjelaskan dengan lebih lanjut maksud di sebalik logo Belanjawan 2021.

maksud logo Belanjawan 2021

Tema dan Fokus Belanjawan 2021

Belanjawan 2021 akan memfokuskan kepada empat tema utama. Kesemua tema itu bertujuan menjayakan wawasan kerajaan untuk menjadi pentadbir yang lebih mantap. 

Empat Tema Utama bagi Belanjawan 2021 adalah sebagaimana berikut;

Memperkukuh kesejahteraan rakyat

  • Melindungi golongan mudah terjejas.
  • Memperkasa dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Memacu pertumbuhan ekonomi

  • Memacu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta.
  • Menjana peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan keyakinan dan perbelanjaan pengguna dan pelabur.

Mengupaya kehidupan lestari

  • Memberi tumpuan kepada perspektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
  • Memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, alam sekitar dan komuniti.

Memperkasa penyampaian perkhidmatan awam

  • Memberi tumpuan keberhasilan dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
  • Memudahcarakan urusan perniagaan dan meningkatkan daya saing negara.

Perlantikan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan Malaysia merupakan sejarah dalam pentadbiran kabinet Malaysia kerana beliau bukanlah dari kalangan orang politik.

RELATED ARTICLES

Most Popular