Setiap kali tibanya sambutan Hari Kemerdekaan Negara, perkara yang menjadi tumpuan utama dalam kalangan rakyat Malaysia sudah pastilah mengenai logo dan tema Hari Kebangsaan.
Setiap tahun, kerajaan akan menetapkan satu logo atau tema sesuai dengan suasana dan keadaan negara.
Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 akan disambut dalam suasana yang sederhana disebabkan negara masih berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Pemilihan tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah Malaysia Prihatin. Tema Hari Kebangsaan tahun ini kekal seperti tahun lalu dan ia akan disambut secara sederhana.
Tema Hari Kebangsaan Malaysia Yang ke-64 (2021)
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan tema dan logo yang dipilih pada tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’ sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Tema ini kekal sebagaimana sambutan hari kebangsaan bagi tahun lepas (2020).
Logo yang diperkenalkan pula adalah berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang yang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, pemilihan warna dan logo sudah pasti mengambil inspirasi daripada warna jalur gemilang iaitu Kuning, Merah, Biru dan putih dalam rekabentuk logo.
Rasional pemilihan tema adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi pandemik Covid-19.
Malaysia : Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi Covid-19.
Prihatin: Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Rekabentuk hati yang digunakan pada logo juga merupakan kali yang keenam digunakan selepas 1994, 1997, 2015, 2016 dan 2020.
Senarai Tema Sambutan Hari Kemerdekaan (Kebangsaan) Malaysia
Berikut merupakan senarai tema sambutan hari Kemerdekaan Malaysia yang lepas:
Tahun | Tema |
---|---|
2020 | Malaysia Prihatin |
2019 | Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih |
2018 | Sayangi Malaysiaku |
2017 | Negaraku Sehati Sejiwa |
2016 | Sehati Sejiwa |
2015 | Sehati Sejiwa |
2014 | Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta |
2013 | Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku |
2012 | 1Malaysia. Janji Ditepati |
2011 | 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera |
2010 | 1Malaysia Menjana Tranformasi |
2009 | 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan |
2008 | Perpaduan Teras Kejayaan |
2007 | Malaysiaku Gemilang |
2006 | Keranamu Malaysia |
2005 | Keranamu Malaysia |
2004 | Keranamu Malaysia |
2003 | Keranamu Malaysia |
2002 | Keranamu Malaysia |
2001 | Keranamu Malaysia |
2000 | Keranamu Malaysia |
Logo Hari Kebangsaan Malaysia Yang ke-64 (2021)

Logo yang digunakan untuk sambutan hari kebangsaan ke-64 pada tahun ini adalah berbentuk hati. Ia merupakan kali yang keenam digunakan selepas 1994, 1997, 2015, 2016 dan 2020
Warna yang digunakan pula adalah mengambil inspirasi daripada warna jalur gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih.
Pemilihan rekabentuk ini sesuai dengan suasana negara yang masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19. Rekabentuk ini juga melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Maksud Logo Hari Kebangsaan 2021 – Malaysia Prihatin (*sama seperti tahun lepas)

LOGO BERBENTUK HATI – Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.
WARNA BIRU TUA – Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
BULAN SABIT – Islam adalah agama bagi persekutuan.
BINTANG PECAH 14 – Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI – Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
STIGMA BUNGA RAYA – Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
5 TITIK MERAH Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.
Lagu Tema Hari Kebangsaan 2021 – Malaysia Prihatin
Lagu tema yang digunakan untuk tahun ini juga sama dengan slogan sambutan hari kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin.
Lagu ini dicipta oleh Dato’ Mokhzani Ismail dan liriknya adalah ciptaan El Sol Akhmad.
Terdapat beberapa versi nyanyian lagu ini oleh penyanyi terkenal negara seperti gabungan penyanyi Siti Sarah, Alif Satar, Syamel dan Aina Abdul.
Selain itu, nyanyian Erni Zakri merupakan antara versi lagu yang merdu didendangkan.
Lirik lagu Malaysia Prihatin berkisarkan tentang kecintaan kepada negara yang perlu dijunjung oleh setiap lapisan masyarakat. Kita semua mahukan negara yang aman dan makmur agar nama Malaysia terus makmur di persada dunia.
Untuk lirik penuh lagu ini sila klik sini.
Ayuh kita semarakkan sambutan hari kebangsaan kita pada tahun ini dengan pantun dan ucapan terbaik Hari Kemerdekaan Malaysia.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI