Tuesday, March 19, 2024
HomeInfoSyarat dan Cara Pengeluaran KWSP Akaun 1 i-Sinar

Syarat dan Cara Pengeluaran KWSP Akaun 1 i-Sinar

KSWP akhirnya mengumumkan pengeluaran wang KWSP daripada Akaun 1 buat pencarum yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan sehingga RM60,000. 

KWSP dalam satu kenyataan bertulis pada hari ini, memaklumkan i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli layak.

Berita ini sudah pasti menimbulkan pelbagai reaksi rakyat berikutan terdapat cadangan sebelum ini untuk bagi mengeluarkan KWSP Akaun 1 RM10,000 secara one-off. 

Syarat Pengeluaran KWSP Akaun 1 

Syarat Pengeluaran KWSP Akaun 1

Info terkini tentang syarat untuk membuat permohonan KWSP akaun 1 adalah sebagaimana berikut. 

Ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100.

Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke Bawah

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah di dalam Akaun 1, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Simpanan Akaun 1 Lebih RM90,000

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, akan mempunyai akses 10 peratus, namun jumlah maksimum boleh didahulukan adalah RM60,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. 

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Cara Pengeluaran 

Buat masa ini, KWSP belum memperincikan kaedah dan cara pengeluaran bagi akaun 1.

Pun begitu, Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.

Caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam akaun satu sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.

“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi akaun satu dan 30 peratus bagi akaun dua,” jelasnya.

Menurutnya lagi, untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Tarikh Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 1 

Menurut KWSP ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. 

Tarikh Amaun Dikreditkan 

Bagi permohonan yang berjaya, amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Butiran lanjut mengenai perkara ini boleh didapati di www.kwsp.gov.my

Berapakah Jumlah pengeluaran yang dibenarkan untuk Akaun 1 KWSP?

Ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100.

Bagaimanakah cara Pengeluaran KWSP melalui Akaun 1?

Buat masa ini, KWSP belum memperincikan kaedah dan cara pengeluaran bagi akaun 1. Pun begitu, ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.

Bilakah tarikh permohonan boleh dibuat?

Menurut KWSP ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. 

Bilakah wang akan dikreditkan ke dalam akaun?

Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan

Siapa yang layak memohon?

1) Individu yang hilang kerja
2) Individu yang cuti tanpa gaji
3) Individu yang pendapatan terjejas


Terkini! MAIWP tawarkan bantuan Zakat Kecemasan Covid 19, bermula 16 November 2020 – 27 November 2020.

RELATED ARTICLES

Most Popular