MAIWP dalam kenyataan di Facebooknya mengumumkan peruntukan sebanyak RM9.5 juta bantuan zakat kecemasan untuk mereka yang terjejas disebabkan Covid19.
Inisiatif ini adalah usaha terbaharu MAIWP dalam membantu mereka yang terjejas ekoran Covid19. Selain itu juga objektif bantuan ini adalah membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19 dan membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil serta pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Bantuan yang dinamakan juga sebagai Musaadah covid19 ini akan menumpukan kepada pemandu teksi/ ehailing, pengawal keselamatan, peniaga kecil, mereka yang hilang pekerjaan dan lain-lain golongan yang terjejas disebabkan COVID-19.
Bagi mereka yang ingin memohon bantuan zakat kecemasan MAIWP ini, beberapa perkara berikut perlu anda ketahui.
Tarikh Permohonan Bantuan
Bantuan akan dibuka mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020 secara dalam talian di ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat
Tarikh Bantuan Diterima
Sebelum Disember 2020
Syarat utama permohonan
- Pemohon tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya / Labuan.
- Pemohon bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
Siapa yang layak memohon bantuan ini?
- Pemandu teksi / e-hailing
- Pengawal keselamatan
- Peniaga-peniaga kecil
- Hilang pekerjaan akibat Covid19
- Lain-lain golongan yang terkesan akibat Covid19
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi:
https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
Jumlah bantuan
Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.
Info dan Pertanyaan
Untuk info terkini dan sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung di Facebook Baitulmal MAIWP
Atau melalui
TALIAN HOTLINE
Kuala Lumpur: 0125183614 / 0125127614 Putrajaya : 0115949 6216 / 01163038443 Labuan : 0138516066
- Facebook MAIWP: https://www.facebook.com/maiwphq
- Instagram MAIWP: https://www.instagram.com/hqmaiwp/
- Twitter MAIWP: https://twitter.com/maiwphq
- Laman web: https://www.maiwp.gov.my/
- YouTube MAIWP: MAIWP TV
Semoga dengan adanya bantuan zakat kecemasan MAIWP ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas ekoran Covid19.
Soalan Lazim / FAQ Berhubung Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid19
Bantuan akan dibuka mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020
Secara dalam talian di ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat
a. Pemohon tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya / Labuan.
b. Pemohon bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
RM500
Sebelum 31 Disember 2020
Berita baik buat peniaga kecil… Kementerian Wilayah Persekutuan mengumumkan “Wilayah Bebas Berniaga” di mana sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat berniaga yang sesuai misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.