Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan pada 2 Disember yang lalu telah mengumumkan kriteria permohonan i-Sinar KWSP.
Syarat dan kriteria ini dijangka akan memberi manfaat kepada 8 juta ahli yang layak untuk membuat permohonan pengeluaran bagi mereka yang terjejas disebabkan Covid-19.
Bagi memastikan kelancaran proses permohonan secara online, KWSP mengingatkan pemohon agar mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) yang boleh dibuat di kiosk atau kaunter KWSP berdekatan.
Selain itu, bagi mereka yang ingin memohon i-Sinar KWSP ini juga perlu memastikan nombor akaun bank adalah aktif agar permohonan berjalan dengan lancar.
Apakah itu i-Sinar KWSP?
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Syarat dan Kriteria untuk memohon i-Sinar KWSP
Sekiranya anda ingin membuat permohonan melalui i-sinar, terdapat 2 kategori kelayakan iaitu:
KATEGORI PERTAMA
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
KATEGORI KEDUA
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
Tarikh Permohonan i-Sinar
- Untuk Kategori 1, tarikh permohonan adalah bermula pada 21 Disember 2020.
- Untuk kategori 2, tarikh permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Cara Memohon i-Sinar
Permohonan i-Sinar hanya dibuat secara online melalui laman web berikut:
*sila pastikan alamat laman web yang tepat bagi mengelakkan penipuan.
Jumlah kelayakan pengeluaran i-Sinar
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 ahli seperti berikut:
Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah
- Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1)..
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000
- Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Tarikh Pembayaran i-Sinar Kepada Pemohon
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Cara Semak Baki Simpanan Akaun 1 KWSP
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
Untuk tutorial dan cara semak baki secara online, anda boleh lihat artikel ini:
Cara Daftar dan Semak Penyata KWSP secara Online melalui i-Akaun
Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memohon i-Sinar
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan akaun bersama
Nota:
- Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
- KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
Panduan Mengisi Borang Online i-Sinar KWSP
Bagi anda yang ingin mengetahui cara mengisi borang i-Sinar, ikuti beberapa langkah berikut.
Terdapat empat langkah yang perlu di isi dalam borang online i-sinar iaitu;
- Amaun pilihan;
- Maklumat permohonan;
- Pengesahan; dan
- Selesai








Info dan Pertanyaan
Untuk info dan pertanyaan, anda boleh menghubungi KWSP di talian 03–89226000
- Facebook KWSP: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
- Instagram KWSP: https://www.instagram.com/kwspmalaysia/
- Twitter KWSP: https://twitter.com/kwspmalaysia/
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Soalan Yang Sering di Tanya Mengenai i-Sinar
Kategori 1: Bermula 21 Disember 2020
Kategori 2: Bermula 11 Januari 2021
Permohonan i-Sinar dibuat secara online melalui laman web isinar.kwsp.gov.my
Kategori 1: Bayaran akan dibuat bermulan pertengahan Januari 2021
Kategori 2: status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanankan sebelum akhir bukan berikutnya.
Tidak perlu membayar semula
Boleh.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan penyata KWSP (i-Akaun) secara online, panduan dan tutorial ini mungkin memudahkan anda.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI