Permohonan Kebenaran Operasi Premis KPDNHEP Semasa PKP 3.0

0
491
Permohonan Kebenaran Operasi Premis KPDNHEP Semasa PKP 3.0

[Terkini] Semua perkhidmatan perlu di bawah sektor perdagangan pengedaran yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh total lockdown bermula 1 Jun 2021 perlu mengemukakan permohonan kebenaran operasi premis melalui CIMS 3.0 yang diseliakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Dalam kenyataan media MKN bertarikh 31 Mei 2021 memaklumkan permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi.

Dalam pada itu juga, KPDNHEP telah menyenaraikan jenis perniagaan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan total lockdown fasa pertama 1-14 Jun 2021.

Hanya jenis perniagaan yang disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan beroperasi. Jenis perniagaan yang tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu adalah tidak dibenarkan beroperasi dan pemilik premis hendaklah menutup seksyen bahagian tersebut.

Permohonan Kebenaran Operasi Premis serta Sektor Perdagangan Pengedaran Serta Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan di Bawah KPDNHEP

Bagi mereka yang ingin memohon kebenaran beroperasi di bawah sektor perdagangan, perlu melalui CIMS 3.0 MITI melalui pautan https://notification.miti.gov.my/login

MITI menjadi pusat sehenti (one stop centre) untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi setelah mendapat pengesahan daripada kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.

Bagi yang pernah mendaftar dengan CIMS MITI sebelum ini, anda tidak perlu lagi membuat pendaftaran baharu permohonan pembukaan sektor ekonomi. 

Anda hanya perlu kemaskini maklumat senarai pekerja sahaja di dalam sistem sebagaimana panduan di bawah;

Panduan Kemaskini senarai pekerja di Pendaftaran CIMS 3.0 MITI
Panduan-Kemaskini-Pekerja-Dalam-Sistem-CIMS-MITI-2

Namun, bagi mereka yang belum pernah mendaftar, perlu mengemukakan permohonan baharu di sistem CIMS 3.0 MITI. Sila lihat panduan pendaftaran melalui pautan di bawah;

Panduan Permohonan Pembukaan Sektor Ekonomi Sewaktu PKP 3.0 Melalui CIMS 3.0 MITI

Senarai Perkhidmatan Perlu (essential services) di bawah Sektor Perdagangan Pengedaran Bagi Fasa Pertama Lockdown

Senarai perkhidmatan perlu (essential services) bagi Perdagangan Pengedaran di bawah KPDNHEP: Sumber MKN
AktivitiKapasitiPekerjaProsedur Operasi Standar(SOP)
Premis pasaraya / pasaraya besar, deparmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman / keperluan asas, kedai farmasi/ penjagaan diri dan kedai sebaneka / mini mart dan resoran di pusat membeli belah100%Mewajibkan had jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu (1) orang bagi setiap empat meter persegi.
Pasaraya/ pasaraya besar terhad kepada seksyen makanan dan minuman / keperluan asas.Departmental store terhad kepada seksyen makanan dan minuman / keperluan asas.Kedai farmasi / penjagaan diriKedai serbaneka / mini marketKedai runcit100%Mewajibkan had jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu (1) orang bagi setiap empat (4) meter per persegi
Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa.
Restoran60%Dine-in tidak dibenarkan.
Dobi (termasuk layan diri)60%Memberi tugasan kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja untuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan bagi dobi layan diri.
Other Specialty Retail Stores
Stesyen Minyak
60%Kedai serbaneka di stesen minyak beroperasi antara 8.00 pagi-8.00 malam.
Kedai penjagaan haiwan/ makanan haiwan60%Hanya aktiviti jual beli produk penjagaan dan makanan haiwan sahaja dibenarkan.
Kedai cermin mata dan barang optik60%Hanya aktiviti jual beli dan pembaikan cermin mala sahaja dibenarkan
Kedai hardware60%Hanya aktiviti jual beli produk hardware sahaja dibenarkan. Pemasangan dan pembaikan di rumah pelanggan tidak dibenarkan.
Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti60%Perkhidmatan cuci kenderaan tidak dibenarkan
E-dagang bagi semua kategori produk100%Pusat pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada operasi biasa.
Pemborongan dan Pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan perlu sahaja.100%Pusat pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada operasi biasa.

Waktu operasi bagi aktiviti perkhidmatan perlu dibawah sektor perdagangan pengedaran

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Semua aktiviti perkhidmatan perlu sektor perdagangan pengedaran ini dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi ke 8.00 malam kecuali bagi stesen minyak yang dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi ke 8.00 malam dan stesen minyak dilebuh raya bertol yang dibenarkan beroperasi 24 jam.

Antara Senarai jenis perniagaan yang TIDAK DIBENARKAN beroperasi sepanjang tempoh PKP (Total Lockdown Fasa Pertama) 

  1. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori (termasuk kasut, selipar, beg, topi, stoking dan lain-lain); 
  2. Kedai perabot
  3. Kedai barang kemas
  4. Kedai elektrik dan elektronik
  5. Kedai buku & alat tulis:
  6. Kedai aksesori kenderaan
  7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
  8. Pusat cuci kereta
  9. Kedai gunting rambut dan salun
  10. Kedai barang fotografi / perkhidmatan fotografi
  11. Kedai barangan terpakai
  12. Kedai bunga/nurseri
  13.  Kedai kraftangan dan cenderahati:
  14. Kedai antik:
  15. Kedai alat permainan;
  16. Kedai permaidani:
  17. Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian;
  18. Kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif,
  19. Pusat kecantikan;
  20. Kedai outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain);
  21. Kedai peralatan sukan;
  22. Barangan rumah dan peralatan dapur (termasuk jubin, wall paper, langsir dan lain-lain);
  23. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi; dan
  24. Kedai tembakau (termasuk vape / rokok elektronik).

Info dan Pertanyaan berkaitan Sektor perdagangan, pengedaran, peruncitan, pemborongan dan pengedaran

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-88826322/6587 atau melalui emel kepada [email protected],

Kenyataan Media KPDNHEP Berkaitan Perkhidmatan Perlu Sektor Perdagangan Pengedaran Yang dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP 1-14 Jun 2021

Soalan Lazim Perkhidmatan Perlu Sektor Perdagangan Pengedaran Yang dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP 1-14 Jun 2021