Permohonan Tablet Percuma Etuisyen Untuk Pelajar B40

0
588
Permohonan Tablet Percuma Etuisyen Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Sebuah laman web etuisyen.my telah mengiklankan tablet percuma yang akan diberikan kepada pelajar yang memerlukan di laman Twitter mereka @etuisyen_my.

Ia merupakan satu inisiatif terkini daripada sebuah syarikat pembelajaran online dalam usaha membantu rakyat Malaysia untuk belajar secara kondusif ketika PKP.

Kempen yang dijalankan di media sosial atas nama #eTuisyenBantu 2.0 merupakan usaha bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan Tablet Teclast P20HD untuk kegunaan belajar.

Sekiranya ada memerlukan tablet percuma ini, baca maklumat berikut tentang cara-cara dan syarat untuk memohon.

Syarat-syarat Permohonan Tablet Percuma Etuisyen

Bagi pelajar-pelajar yang memerlukan peranti ini untuk pembelajaran, syarat untuk memohon adalah sebagaimana berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Murid Darjah 1 hingga Tingkatan 5 (atau yang setaraf dengannya).

3. Masih bersekolah di mana-mana sekolah (kecuali sekolah antarabangsa).

4. Pendapatan keluarga seisi rumah adalah B40 & ke bawah serta penerima Bantuan Prihatin National (BPN).

5. Anak yatim / penerima zakat / golongan asnaf (diutamakan).

6. Tidak mempunyai sebarang laptop/tablet.

7. Tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

Tempoh Permohonan dan Kempen

Bagi mereka yang berkelayakan, tempoh permohonan dan kempen ini adalah dari 28/1/2021 – 28/2/2021 (1 bulan).

Cara Memohon Tablet Percuma Etuisyen

  1. Layari laman web https://account.etuisyen.my/etuisyenbantu/
  2. Klik pada butang “Create an account”
  3. Isi maklumat yang diperlukan;
    1. Email
    2. Password
    3. Confirm password
    4. Categories – pilih student
    5. First name
    6. Last name
    7. Username (pilih username yang bersesuaian. Akan digunakan ketika login)
    8. Gender
    9. Mobile Number
    10. Tarikh lahir
    11. Alamat 
    12. Poskod
    13. District – Contoh Petaling Jaya
    14. Negeri
  4. Klik pada “Decleration”
  5. Kemudian “Create Account”

Mengenai Etuisyen

eTuisyen adalah platform PERCUMA untuk menghubungkan semua orang tanpa mengira usia dengan berkongsi pengetahuan atau maklumat terkini tanpa had. 

Terdapat dua platform yang ditawarkan di eTuisyen seperti berikut: 

  1. Kelas Dalam Talian 
  2. Hab Pembelajaran Percuma

Laman Sosial Etuisyen

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. Youtube

Semoga dengan usaha organisasi ini dalam memberikan tablet percuma dapat membantu rakyat Malaysia untuk belajar secara kondusif melalui PdPR ketika Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.


Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021, Tarikh pendaftaran baru dan pengemaskinian bermula 15 Januari – 15 Februari 2021.