Maklumat dan Info Program Subsidi Upah (PSU 2.0) Kita Prihatin

0
2717
Maklumat dan Info Program Subsidi Upah (PSU 2.0) Kita Prihatin

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 23 September telah mengumumkan Program Subsidi Upah (PSU 2.0) di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, atau KITA PRIHATIN. 

Program Subsidi Upah  (PSU 2.0) yang diperkenalkan bertujuan untuk membantu syarikat mengekalkan pekerja sekaligus mengurangkan kos operasi dalam usaha membangunkan semula perniagaan mereka. Peruntukan RM2.4 bilion untuk PSU2.0 dijangka akan memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan 160,000 majikan. 

Objektif utama insiatif tambahan ini adalah untuk mengurangkan beban Rakyat, membantu mengekalkan pekerjaan dan membantu perniagaan, terutamanya PKS.   

Beberapa maklumat dan Info berikut anda perlu ketahui mengenai PSU 2.0.

Apa itu Program Subsidi Upah 2.0? 

Program Subsidi Upah (PSU 2.0) merupakan lanjutan daripada PSU pusingan pertama yang mula diperkenalkan pada 1 April 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN).  

Ia adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. 

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.   

Syarat Kelayakan Memohon Program Subsidi Upah

Syarat kelayakan bagi PSU 2.0 ialah:

  1. Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
  2. Majikan mengalami kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih, pada jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  3. Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
  4. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 September 2020.
  5. Bagi majikan yang menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja.

Cara Memohon

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pekerja mereka secara atas talian melalui laman web https://psu.perkeso.gov.my/

Cara Memohon Program Subsidi Upah 2.0
Bagi permohonan baharu Program Subsidi Upah 2.0, layari laman web https://psu.perkeso.gov.my/ kemudia klik pada bahagian Permohonan Baru

Maklumat Yang Perlu di Isi untuk Program Subsidi Upah 2.0 Oleh Majikan

Terdapat 4 bahagian utama yang perlu diisi oleh majikan untuk permohonan baru iaitu:

  1. Butir-butir majikan
  2. Pengisytiharaan penurunan hasil
  3. Dokumen sokongan
  4. Deklarasi majikan

Kesemua empat bahagian ini perlu diisi dengan teliti bagi memastikan majikan layak untuk mendapat kelulusan bagi inisiatif ini.

Kadar Subsidi Upah 

Kategori SyarikatJumlah Subsidi
Besar
Sederhana
Kecil
RM600
* Had Maksimum : 200 pekerja bagi setiap syarikat

Kaedah Pembayaran

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO. 

Bayaran ini akan dilaksanakan oleh majikan pekerja masing-masing. 

Tarikh dan Tempoh permohonan 

Bagi mereka yang layak untuk program ini, tempoh permohonan bermula 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020

Permohonan Baru Program Subsidi Upah

Permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga enam bulan.

Maklumat Tambahan

  • Sebarang pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  • Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar di bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.
  • Untuk butiran lanjut dan syarat-syarat kelayakan bagi PSU 2.0, sila layari www.perkeso.gov.my/program-subsidi-upah

Infografik Program Subsidi Upah 2.0
Sumber Photo: Facebook Tengku Zafrul (Menteri Kewangan)

Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda. 


Baca juga maklumat dan info penting Bantuan Prihatin Nasional 2.0


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI