Thursday, November 23, 2023
HomeInfoCara Semakan dan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0)

Cara Semakan dan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Kita Prihatin pada 23 September mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) sebagai lanjutan daripada BPN yang pertama. 

Pengumuman dengan jumlah peruntukan sebanyak RM7 billion ini merupakan antara  inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: KITA PRIHATIN berjumlah RM10 bilion dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat. 

Selain itu, beliau turut mengumumkan Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) dan inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) sebanyak RM600 juta. 

Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) ini dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.

Apakah Itu BPN 2.0?

BPN 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19.   

Pemberian bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. 

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pertama kali diperkenalkan pada bulan Mac 2020, dengan pembayaran telah dibuat pada  bulan April dan Mei. 

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah lanjutan daripada inisiatif kerajaan bagi meringankan rakyat Malaysia yang terjejas dengan pandemik Covid-19. 

Berapakah Jumlah Bayaran untuk BPN 2.0?

Di bawah BPN 2.0, penerima akan mendapat bayaran sebagaimana maklumat berikut;

Image

Syarat Memohon BPN 2.0?

Sekiranya ada sudah menerima BPN pada pusingan pertama, secara automatiknya anda adalah layak untuk BPN 2.0. 

Namun untuk memohon BPN pusingan kedua anda harus memenuhi syarat-syarat berikut:

Syarat untuk BPN Isi Rumah dan Bujang Kategori B40

1. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.

2. Bujang

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas); dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

3. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Syarat untuk BPN Isi Rumah dan Bujang Kategori M40

1. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000.

2. Bujang

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas); dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000..

3. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0?

Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. 

Ini bermaksud penerima yang telah menerima wang Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini tidak perlu lagi membuat permohonan yang baru. 

Begitu juga, pembayar cukai yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu membuat permohonan seperti yang ada di pangkalan data pembayar cukai.

Walaupun begitu, permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Nasional boleh dibuat melalui dua cara iaitu:
i. Dalam talian https://bpn.hasil.gov.my
ii. Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC
LHDNM. Borang permohonan boleh dimuat turun di portal https://bpn.hasil.gov.my

Bagaimana Jika Saya Tidak menerima  BPN 1.0? Adakah Layak Menerima Untuk 2.0?

Sekiranya anda tidak memenuhi syarat untuk pembayaran BPN pusingan pertama, kemungkinan anda juga tidak memenuhi kriteria untuk BPN pusingan kedua. 

Namun, kerajaan akan menerima rayuan dan permohonan baru daripada mereka yang benar-benar layak untuk BPN bagi mereka yang tidak pernah menerima bagi bantuan yang pertama. 

Rayuan dan permohonan yang baharu boleh di buat di https://bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober – 15 November 2020 (1 bulan)

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Kerajaan melalui laman web BPN menjelaskan, pembayaran bantuan ini dibuat secara dua fasa. 

Pembayaran BPN pusingan kedua adalah seperti berikut: 

i. Fasa Pertama – mulai 26 Oktober 2020 (Isnin). 

ii. Fasa Kedua – Januari 2021.

 

Image
Kredit Photo: Twitter Jabatan Penerangan Malaysia

Cara BPN Di Bayar

Perdana Menteri menyatakan dalam pengumumannya bahawa BPN kali kedua akan disalurkan secara automatik kepada semua penerima yang layak. 

Pembayaran akan dilakukan dengan deposit langsung ke dalam akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BSH.

Perbandingan Antara Pembayaran BPN dan BPN 2.0?

Secara perbandingannya antara BPN yang bertama dan BPN yang kedua adalah sebagaimana berikut

KategoriJumlah Bayaran BPNJumlah Bayaran BPN 2.0
Isi Rumah B40RM1600RM1000
Bujang B40RM800RM500
Isi Rumah M40RM1000RM600
Bujang M20RM500RM300

Tarikh Permohonan Baru BPN 2.0

Pemohonan baru dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional hanya akan dibuka bermula pada hari Khamis, 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020 (Ahad).

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Baharu BPN Kitaran Kedua

Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan.
Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia.

Tarikh Pembayaran Bagi Permohonan Baharu BPN 2.0

Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada
Januari 2021


Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih sebagai info dan panduan anda.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Bantuan lain yang boleh dipohon di bawah Pakej KITA PRIHATIN


Baca juga maklumat dan info tentang Program Subsidi Upah 2.0


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular