Wednesday, March 27, 2024
HomeInfoSemakan Dan Permohonan Program Subsidi Upah 2021 (PSU 3.0)

Semakan Dan Permohonan Program Subsidi Upah 2021 (PSU 3.0)

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 18 Januari 2021 telah mengumumkan Program Subsidi Upah (PSU 3.0) di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia  (PERMAI).

PSU 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, di mana semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon, tanpa mengambil kira sektor.

Ia bermatlamat menyokong kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh PKPyang menghadapi pelbagai cabaran termasuk kesukaran dalam menguruskan aliran tunai, perbelanjaan utiliti dan sewa premis.  

Oleh yang demikian sekiranya anda tidak tahu apa itu PSU 3.0, beberapa maklumat dan Info berikut anda perlu anda teliti.

Apa itu Program Subsidi Upah 3.0? 

PSU 3.0 merupakan lanjutan daripada PSU pusingan pertama dan pusingan kedua  yang diperkenalkan pada tahun lepas bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN).  

Ia adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. 

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.   

Syarat Kelayakan Memohon Program Subsidi Upah

Sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon, tanpa mengambil kira sektor.

Syarat-syarat PSU 3.0 adalah sebagaimana berikut:

  1. Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  2. Permohonan adalah terhad kepada 500 orang pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  3. Penurunan pendapatan / jualan adalah >30% bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  4. Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  5. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.

Permohonan Baru, Permohonan Lanjutan, Kemaskini dan Semakan PSU 3.0

Sebagaimana PSU yang lepas, permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pekerja mereka secara atas talian melalui laman web https://psu.perkeso.gov.my/

Pilih sama ada permohonan baru, lanjutan, kemaskini atau semakan di laman web PSU

Bagi permohonan baru, lanjutan, kemaskini dan Semakan bagi permohonan Program Subsidi Upah 3.0 boleh melayari laman web https://psu.perkeso.gov.my/ 

Maklumat Yang Perlu di Isi untuk Program Subsidi Upah 3.0 Oleh Majikan

Sebelum ini, terdapat 4 bahagian utama yang perlu diisi oleh majikan untuk permohonan baru iaitu:

  1. Butir-butir majikan
  2. Pengisytiharaan penurunan hasil
  3. Dokumen sokongan
  4. Deklarasi majikan

Kesemua empat bahagian ini perlu diisi dengan teliti bagi memastikan majikan layak untuk mendapat kelulusan bagi inisiatif ini. 

Kadar Subsidi Upah 

Kadar bayaran PSU 3.0 adalah sebanyak RM600 sebulan setiap pekerja selama 3 bulan bagi permohonan PSU sedia ada (permohonan lanjutan) dan RM600 sebulan setiap pekerja selama 6 bulan bagi permohonan baharu serta RM600 sebulan setiap pekerja selama 1 bulan bagi khusus kepada majikan daripada semua sektor di negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

* Had Maksimum : 500 pekerja bagi setiap syarikat. Sebelum ini hanya 200 sahaja

Kaedah Pembayaran

Sebelum ini, bayaran dikreditkan terus ke akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO. 

Bayaran ini akan dilaksanakan oleh majikan pekerja masing-masing. 

Tarikh dan Tempoh permohonan 

Bagi mereka yang layak untuk program ini, tempoh permohonan bermula 19 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Permohonan Baru Program Subsidi Upah

Permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, kerajaan akan memperincikan selepas ini.

Maklumat Tambahan

  • Sebarang pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  • Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar di bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.
  • Untuk butiran lanjut dan syarat-syarat kelayakan bagi PSU 3.0, sila layari www.perkeso.gov.my/program-subsidi-upah 
  • Aduan dan pertanyaan 1-300-22-8000 atau layari laman web www.eaduansip.perkeso.gov.my

Sumber Photo: Facebook Ketua Eksekutif Perkeso (Dr Azman Aziz)


Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda. 

Tarikh Kemaskini: 21 Januari 2021

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Kerajaan juga memperkenalkan GKP Tambahan yang merupakan inisiatif Kerajaan bagi meringankan rakyat Malaysia yang terjejas dengan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi negeri-negeri di Malaysia.

RELATED ARTICLES

Most Popular