Friday, January 24, 2025
HomeInfoCara Memohon Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan

Cara Memohon Rumah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan Rumah Residensi Prihatin pada 22 Februari 2022 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kementerian Wilayah Persekutuan akan membangunkan 10,000 unit kediaman mampu milik untuk golongan belia pada harga di bawah RM200,000 seunit, menerusi program Residensi Prihatin.

Untuk pusingan pertama program ini 1,000 unit akan dibina di Labuan, 3,000 unit di Putrajaya dan 6,000 unit di Kuala Lumpur.

Semoga program Residensi Prihatin ini dapat membantu golongan sasaran untuk memiliki kediaman mereka sendiri.

Apa itu Rumah / Kediaman Residensi Prihatin

Residensi Prihatin merupakan satu program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki kediaman yang selesa dan berkualiti.

Spesifikasi dan Keluasan Rumah

  • Keluasan minima 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
  • Dapur
  • Ruang tamu
  • Yard
  • 1 tempat letak kereta berbumbung

Harga Rumah

Residensi Prihatin adalah kediaman yang mampu milik untuk golongan muda dengan harga tidak melebih RM200,000.

Syarat Permohonan

Mereka yang berkelayakan boleh memohon untuk memiliki rumah ini berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan 
  3. Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Permohonan rumah pertama sahaja.
  5. Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
  6. Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin

Cara Memohon

Permohonan dan pendaftaran bagi rumah atau kediaman Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan adalah secara online melalui Portal Residensi Prihatin:

https://residensiprihatin.kwp.gov.my/

Tarikh permohonan dibuka

Pendaftaran minat Residensi Prihatin hanya akan dibuka mulai 23 Februari 2021 12:01am.

Garis Panduan Permohonan Residensi Prihatin

1. Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.

2. Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP) anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin.

3. Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Prihatin. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

senarai semak dokumen permohonan residensi prihatin

4. Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal RESIDENSI PRIHATIN.

5. Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://residensiprihatin.kwp.gov.my/

Soalan Lazim FAQ

Apakah jenis rumah yang ditawarkan di bawah Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan?

Berbentuk rumah strata.
– 3 bilik tidur
– Dapur
– Yard
– 2 bilik air
– Ruang tamu
– Ruang makan

Siapa yang layak memohon?

– Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah.
– Permohonan rumah pertama sahaja.
– Warganegara Malaysia.
– 18 tahun ke atas.
– Keutamaan pemohon yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
– Tidak muflis

Bilakah tarikh mula pendaftaran?

Mulai 23 Februari 2021 secara atas talian di https://residensiprihatin.kwp.gov.my/

Berapa banyak permohonan yang dibenarkan?

Hanya 1 permohonan yang dibenarkan untuk 1 keluarga(suami & isteri / bujang). Permohonan bagi rumah pertama sahaja.

Sekiranya pemohon telah memiliki rumah di Wilayah Persekutuan atau di negeri lain, atau telah membeli Residensi Wilayah, adakah pemohon masih layak untuk memiliki unit Residensi Prihatin?

TIDAK LAYAK. Hanya untuk pemohon yang masih tidak memiliki rumah.

Adakah Residensi Prihatin boleh disewakan?

Boleh disewakan hanya kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.


Kementerian Wilayah Persekutuan juga menyediakan lesen sementaraberniaga secara percuma yang dikenali sebagai Kl Wilayah Bebas Berniaga.

RELATED ARTICLES

Most Popular