Saturday, October 5, 2024
HomeInfoTarikh dan Jumlah Bayaran GKP Tambahan 2021 (GKP PERMAI)

Tarikh dan Jumlah Bayaran GKP Tambahan 2021 (GKP PERMAI)

Ramai yang bertanya bilakah tarikh bayaran Geran Khas Prihatin (GKP Tambahan) yang akan dibayar oleh kerajaan kepada PKS Mikro.

Tidak ketinggalan juga ada yang bertanya berapa pula jumlah bayaran yang akan dibuat kerana status Perintah Kawalan Pergerakan di Seluruh Malaysia sudah berubah sekarang ini.

Januari lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia  (PERMAI) telah mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan)  3.0 dengan peruntukan sebanyak RM650 juta yang akan  memanfaatkan 500,000 PKS Mikro. 

Sudah pasti pengumuman terkini tentang tarikh dan jumlah bayaran GKP Tambahan amat ditunggu-tunggu oleh para PKS Mikro dalam usaha meningkatkan kembali perniagaan mereka.


Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej PERMAI?

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. 

Siapa yang akan menerima GKP Tambahan?

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan. 

Oleh yang demikian, GKP Tambahan merupakan peruntukan tambahan bagi pemohon Geran Khas Prihatin sebelum ini.

Untuk permohonan baharu GKP 3.0 ia akan dibuka mulai 1 April 2021.

Jumlah bayaran adalah sebanyak RM1,000.

Tarikh Bayaran GKP Tambahan

Kementerian Kewangan Malaysia, dalam kenyataan terbarunya di Facebook memaklumkan semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang pernah diluluskan Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan 2.0 akan menerima GKP Tambahan mulai 25 Mac ini.

Jumlah Bayaran GKP Tambahan (GKP 3.0)

Terkini, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan bertarikh 22 Mac 2021, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

Jumlah bayaran sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam perutusan PERMAI adalah sebagaimana berikut;

  • RM1,000 – PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • RM500  – PKS mikro bagi lain-lain negeri

Oleh yang demikian, walaupun status terkini PKP bagi seluruh Malaysia telah bertukar kepada PKPB dan PKPP, namun jumlah bayaran GKP Tambahan adalah berdasarkan penguatkuasaan PKP pada bulan Januari dan Februari yang lepas.

Jadi, jumlah bayaran GKP Tambahan bagi penerima GKP 1.0 dan 2.0 termasuk rayuan adalah sebagaimana berikut;

Kategori/NegeriJumlah
GKP SabahRM1,000
GKP Negeri PKPRM1,000
GKP Negeri Bukan PKP (Sarawak)RM500

Cara bayaran

Pembayaran bagi  GKP Tambahan akan dibuat secara one-off  sebagaimana GKP sebelum ini (GKP 1.0 dan GKP 2.0).

Ia akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. 

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja. 

Semakan Status

Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu 

https://gkp.hasil.gov.my

Sekiranya anda lulus untuk GKP Tambahan, anda akan menerima maklumat sebagaimana berikut;

Jumlah kelulusan GKP Tambahan RM1,000
Jumlah kelulusan bagi negeri PKP iaitu sebanyak RM1,000
Jumlah kelulusan GKP Tambahan RM500
Jumlah kelulusan bagi negeri bukan PKP (Sarawak) iaitu sebanyak RM500.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Mengenai GKP

Sebarang pertanyaan mengenai  GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).  

*  Perbincangan lanjut tentang GKP Tambahan ini, Tuan Puan boleh sertai Group Facebook GKP Tambahan di bawah;

Group-geran-khas-prihatin
Klik untuk sertai Group Khas GKP Tambahan di Facebook

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.


Berita baik buat mereka yang tidak sempat memohon GKP 1.0 dan GKP 2.0. Kerajaan meneruskan Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0, supaya perniagaan mendapat bantuan untuk beroperasi semula, dengan bantuan one-off sebanyak 1,000 ringgit – PM Muhyiddin

RELATED ARTICLES

Most Popular