Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada 17 Mac 2021, mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) supaya perniagaan mendapat bantuan untuk beroperasi semula.
Bantuan ini terbuka kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM dengan bayaran sebanyak RM1,000 secara one-off.
Bantuan ini merupakan inisiatif terbaharu kerajaan kepada peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak menerima Geran Khas Prihatin kitaran pertama GKP 1.0 dan kedua GKP 2.0.
Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu Geran Khas Prihatin 3.0 dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.
[TERKINI] GKP 3.0 Dinaikkan kepada RM1,500
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) pada 31 Mei 2021, berkata kerajaan menambah kadar GKP daripada RM1000 sebelum ini kepada RM1,500 bagi memastikan kelangsungan perniagaan khususnya buat PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka.
Hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima 1,000 ringgit pada pertengahan bulan Jun dan 500 ringgit lagi akan disalurkan pada bulan Julai.
Apakah Itu GKP 3.0?
Geran Khas Prihatin 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,500 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Berapakah Jumlah Bayaran dan Kelayakan untuk Geran Khas Prihatin 3.0?
Kelayakan dan nilai bantuan adalah seperti berikut:
Layak Geran Khas Prihatin 3.0 | Nilai Bantuan |
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 | RM1,500 |
Lulus permohonan baharu GKP 3.0 | RM1,500 |

Adakah penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 yang lulus perlu membuat permohonan semula bagi bantuan GKP 3.0?
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 tidak perlu membuat permohonan semula.
Permohonan baharu Geran Khas Prihatin 3.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0.
Syarat Kelayakan untuk Mendapat GKP Tambahan?
Mereka yang memohon perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Cara Memohon Geran Khas Prihatin?
Permohonan baharu GKP 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my
Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.
Tarikh Permohonan Geran Khas Prihatin
Permohonan baharu GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 (15 hari). melalui portal GKP iaitu;
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan GKP
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal 8 Jun 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my).
Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Tarikh Pembayaran GKP
Menurut kenyataan terkini Tengku Zafrul dalam laman Facebooknya pembayaran GKP 3.0 sebanyak RM1,000 akan dibuat secara berperingkat mulai 10 Jun 2021.
Cara Pembayaran GKP
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Mengenai GKP
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).


Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.
Tarikh Kemaskini: 8 JUN 2021
Soalan Lazim FAQ Berkaitan Geran Khas Prihatin 3.0
Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web https://gkp.hasil.gov.my
Permohonan secara manual tidak diterima
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 tidak perlu membuat permohonan semula.
Permohonan baharu GKP 3.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0 dan GKP2.0.
1 hingga 15 April 2021
8 Jun 2021
Tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dibayar mulai 10 Jun 2021 secara berperingkat.
RM1,000 secara pada Jun 2021 &
RM500 pada Julai 2021.
Semakan boleh dibuat melalui laman https://gkp.hasil.gov.my
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
Bilakah tarikh pembayaran GKP Tambahan akan dibuat oleh kerajaan? samaada RM1000 atau RM500 masih menjadi persoalan sehingga kini