Waktu Operasi Pusat Pos Laju Kuala Lumpur Sepanjang Ramadhan 2021

0
354
Waktu Operasi Pusat Pos Laju Kuala Lumpur Sepanjang Ramadhan 2021

Maklumat penting untuk para peniaga online atau pelanggan Pos Laju di sekitar Kuala Lumpur di mana waktu operasi  Pusat Pos Laju Kuala Lumpur telah berubah di bulan Ramadhan.

Notis ini telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad khususnya di PPL Kuala Lumpur.

Para peniaga online maupun pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pos laju perlu alert  dengan pertukaran waktu ini bagi memastikan urusan penghantaran barang terutamanya di bulan Ramadhan ini berjalan lancar.

Perubahan perkhidmatan ini hanya untuk sepanjang bulan Ramadhan 2021 sahaja iaitu bermula dari 13 April 2021 – 12 Mei 2021 (sebulan).

Waktu Operasi Channel Pusat Pos Laju Kuala Lumpur Sepanjang Ramadhan

Waktu Operasi Channel Pos Laju Sepanjang Ramadhan 2021

Bagi Pelanggan Yang di Hargai,

Kami ingin memaklumkan bahawa waktu urusniaga CHANNEL PPL KUALA LUMPUR sepanjang bulan Ramadan 13 April – 12 Mei 2021 adalah sebagaimana berikut;

HARI MASA
Isnin – Sabtu8:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu Minggu KetigaTutup
Ahad10.00 pagi – 3:00 petang

Sebagai peringatan kepada pelanggan Pos Malaysia, Sabtu minggu ketiga di bulan April 2021 jatuh pada 17hb. Oleh yang demikian, PPL Kuala Lumpur tidak akan beroperasi pada tarikh tersebut.

Pos Malaysia di jangka akan mula bercuti bersempena hari raya Aidilfitri bermula 13 Mei 2021 (Khamis).

Oleh yang demikian, para peniaga dan pelanggan perlu ambil maklum tentang tarikh dan waktu pengeposan ini bagi memastikan barangan yang anda  pos atau order sampai tepat pada waktunya.

Operasi Pos Laju Ketika Cuti Nuzul al-Quran 2021

Ada yang bertanya, adakah Pejabat Pos beroperasi ketika cuti Nuzul al-Quran pada 29 April 2021 (Khamis).

Untuk makluman, pejabat pos yang beroperasi adalah pejabat pos yang berada didalam Pasaraya/Mall (bagi negeri yang mengambil cuti umum pada Nuzul Al-Quran) dan di negeri yang tidak mengambil cuti umum pada Nuzul Al-Quran.

Negeri yang cuti bersempena Nuzul al-Quran ini ialah:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
  2. Kelantan 
  3. Pahang 
  4. Perak
  5. Perlis
  6. Pulau Pinang
  7. Selangor
  8. Terengganu

Negeri yang tidak cuti bersempena Nuzul al-Quran;

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Melaka
  4. Negeri Sembilan
  5. Sabah
  6. Sarawak

Semakan Tracking Pos Laju Online

Pos Malaysia Berhad juga telah membangunkan sistem tracking Poslaju yang boleh dibuat secara online pada bila-bila masa.

Semakan tracking ini boleh dibuat di laman web https://www.tracking.my/poslaju

Untuk membuat semakan anda perlu mempunyai nombor tracking yang diberikan oleh pengirim atau penjual barangan.

Nombor tracking ini kebiasaanya boleh diperolehi pada slip salinan borang yang diisi oleh pengirim.

Contoh-Slip-tracking-pos-laju

Info dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan daripada Pos Laju, anda boleh menghubungi;

Laman webhttps://www.pos.com.my/ 
Facebookhttps://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad 
Twitterhttps://twitter.com/pos4you 
Instagramhttps://www.instagram.com/pos4you 

Kepada online sellers, sila ambil maklum tentang tarikh akhir pengeposan Pos Laju supaya barang sampai sebelum #HariRaya Aidilfitri. Jangan lupa pastikan jarak sosial anda semasa buat pengeposan.