5 Tempat Makan Best Di Bangsar. Mesti Try

0
4253
Tempat Makan Best Bangsar

Kat mana nak cari nak cari tempat makan best di Bangsar? Ada 5 tempat makan best di Bangsar yang anda boleh pilih dan try untuk nikmati samaada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam

Bangsar sering dikunjungi kerana terdapat beberapa pusat hiburan dan kawasan membeli belah di sini. Selain itu juga, Bangsar mempunyai tempat makan dan restoran best di KL yang mungkin ramai orang tidak perasan.

Di sini kami senaraikan 5 tempat makan best di Bangsar yang anda boleh pilih untuk nikmati samaada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam.

1.  Anuar Kari Kepala Ikan Bangsar (Annuar’s Fish Head Curry)

Anuar Kari Kepala Ikan, Bangsar

Gerai Anuar Kari Kepala Ikan adalah sangat terkenal dan famous untuk makan tengahari di Bangsar. Ia antara tempat makan best di KL dengan harga yang memang murah. Sekiranya anda berhasrat untuk makan di sini, anda perlu datang awal kerana gerai ini sentiasa penuh terutamanya pada waktu lunch. Sekiranya datang ketika waktu kemuncak, anda mungkin kena beratur panjang dan berkongsi meja dengan orang lain. 

Menu di sini adalah simple dengan lauk-lauk yang digoreng panas-panas seperti ikan goreng, ayam goreng, sotong goreng,  sayur taugeh dan minuman Teh O ais dengan harga yang berpatutan serendah RM3. Memang berbaloi dan sedap .

Namun ada menu paling istimewa di gerai ini iaitu kari kepala ikan dengan pelbagai jenis ikan dan saiz. Kuah kari dia pula memang padu dan pekat. Anda boleh rasa keaslian rempah asli yang dimasak oleh Abang Anuar ini. Harga kari kepala ikan adalah bergantung kepada saiz dan jenis iaitu antara RM20-80.  

Lokasi: Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden Bangsar

Anda boleh google atau waze : Kari Kepala Ikan Bangsar

Waktu Operasi: Setiap Hari 9.30 pagi – 5 Petang

2. Station 21 Sizzling Steak

Stesen 21, Sizzling Steak Bangsar

Station 21 Sizzling Steak, adalah tempat makan steak legend di KL. Ia memulakan perniagaannya sejak 1992 di Medan Selera Bangsar. Kini Station 21 menjalankan operasi perniagaan di perkarangan Masjid Abu Bakar Bangsar. 

Sekiranya anda inginkan makanan western terbaik di Bangsar, anda boleh datang ke gerai ini. Apa yang menarik di sini adalah terdapat pelbagai menu masakan barat yang best seperti chicken chop, lamb chop, pasta dan lain-lain lagi.

Sudah pasti hidangan ini akan hadir dengan pilihan sos untuk yang sedap seperti black pepper sos, mushroom sos, brown sos, garlic sos dan lain-lain di mana restoran ini mengambil resepi dari Australia untuk menghasilkan sos terbaik mereka. 

Lokasi : Station 21 Sizzling Steak, Cafe @ Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara 1, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Anda boleh google atau waze: Station 21 Sizzling Steak Bangsar.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (12.00 tengahari  – 11.00 malam)

3. Restoran Mahbub, Bangsar

Restoran Mahbub Bangsar

Restoran Mahbub di asaskan sejak 1974 yang bermula dengan nama Restoran Sharifah Bangsar. Namun dijenamakan semula pada tahun 1995 dengan Nama Restoran Mahbub.

Dengan menggunakan tema “Best Nasi Briyani in Town Since 1974” sudah pastilah menu istimewa di sini adalah nasi briyani seperti Nasi Briyani Ayam Madu, Nasi Briyani Ayam Goreng, Nasi Briyani Kambing, Nasi  Bukhara Ayam dan Kambing. Namun, nasi beriani ayam madu adalah terbaik untuk makan tengahari atau makan malam. Untuk senarai menu, boleh layari laman web mereka http://www.restoranmahbub.com/index.php 

Restoran ini agak sesak dan penuh pada waktu malam kerana ia menjadi antara tempat lepak di KL dari kalangan warga Kuala Lumpur yang datang ke sini.  Restoran Mahbub juga mendapat testimoni terbaik daripada Tony Fernandes (Air Asia) dan Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin (Mydin). 

Selain menu Nasi Briyani, ada menu lain yang memang sedap untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam di Bangsar ini iaitu Ayam Tandori, Kari Kepala Ikan, Murtabak Ayam dan Daging, Mee Goreng, Masakan Panas, Nasi Lemak Ayam Goreng, pelbagai Roti Naan, Tosai dan lain-lain lagi. Restoran ini juga menyediakan servis katering dan servis penghantaran kepada yang berminat.

Lokasi: 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 

Anda boleh google atau waze : Restoran Mahbub Sdn Bhd.

Waktu Operasi: 24 Jam

4. Restoran Pelita, Bangsar

Restoran Pelita, Bangsar

Restoran Pelita di Bangsar merupakan salah satu daripada rangkaian Restoran Pelita yang terdapat di seluruh Malaysia. Restoran ini di asaskan sejak 1995 yang bersatus halal di mana Datuk Ustaz Shamsuri adalah memegang jawatan Pengerusi Eksekutif untuk Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. 

Terdapat pelbagai menu masakan nasi kandar di sini yang boleh dinikmati seperti nasi briyani ayam hitam, daging hitam, sambal udang, burung puyuh, kari ikan, ketam masala, sotong, ayam goreng kampung,  sayur-sayuran seperti kobis dan bendi. Apa yang penting kena ada papadom sekali. Selain itu juga ada makanan lain seperti masakan panas, roti canai, tosei, roti nan dan lain-lain lagi. Boleh rujuk menu di laman web mereka https://www.pelita.com.my/menu/

Restoran ini sentiasa menjadi tumpuan terutamanya apabila ada pertandingan bola sepak seperti EPL, Piala Dunia mahupun pertandingan yang melibatkan Harimau Malaya. Yang pasti Restoran ini menjadi antara tempat lepak KL samaada untuk mengeteh, urusan persendirian dan sebagainya kerana ia dibuka 24 Jam. 

Lokasi: 2, Jalan Telawi 5, Bangsar (sebaris dengan Mc Donalds) 

Anda boleh google atau waze : Nasi Kandar Pelita Bangsar.

Waktu Operasi: 24 Jam

5. Syed Bistro, Bangsar

Restoran Syed Bistro, Bangsar

Restoran Syed Bistro memang terkenal dengan makanan berkonsepkan India Muslim di Malaysia kerana ia telah memulakan perniagaannya sejak 1900 di Pulau Pinang. Ia berkembang dengan mempelbagaikan menu makananan barat dan tempatan di restoran mereka. Kini Restoran Syed Bistro mempunyai pelbagai cawangan seperti di Bangsar, Keramat, PJ, Dang Wangi, Puchong, SS6 Kelana Jaya dan pelbagai lokasi di Shah Alam.

Apa yang menarik di restoran ini adalah nasi bukhara ayam dan kambing yang betul-betul padu. Selain itu ada juga hidangan nasi dan lauk lauk yang lain. Ada juga masakan panas, roti canai, roti nan, satey (waktu tertentu sahaja) dan lain-lain lagi. 

Restoran ini juga menyediakan tempat yang berhawa dingin jika anda inginkan suasana yang berbeza di samping kemudahan wifi percuma untuk pelanggan mereka.

Lokasi: 6A Lorong Ara Kiri 3, (belakang Pasaraya TMC) 

Anda boleh google atau waze : Syed Bistro Bangsar.

Waktu Operasi: 24 Jam


BACA JUGA: 10 Tempat Makan Popular Pantai Dalam

BACA JUGA: 8 Perangai Penduduk PPR Yang Perlu Di Ubah Agar Tidak Menyusahkan Orang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here