5 Fakta Inspirasi Tentang Ustaz Ebit Lew

0
898
7 Fakta Inspirasi Ustaz Ebit Lew

Satu dalam sejuta pun belum tentu ada orang seperti Ustaz Ebit Lew. Beliau selalu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Tidak memilih agama, bangsa atau latar belakang untuk dibantu. Tutur katanya yang lemah lembut serta pembawakannya yang sederhana menjadikan beliau senang didekati oleh ramai orang.

Walaupun sering dikecam dalam menjalankan kerja dakwah, namun beliau tetap tabah dan “cool” mengharunginya. 

Tidak kurang juga, ada yang iri hati dengan usaha yang dilakukan beliau. Hingga ada yang melempar cacian dan ada yang sanggup membuat laporan polis. 

Di sebalik dakwah Ustaz Ebit Lew ini, ada 5 fakta inspirasi mengenai latar belakang dan biodata beliau. 

Anak Ke 3 Daripada 12 orang Adik beradik 

Nama penuh beliau ialah  Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau. Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1984 dan berumur 36 tahun pada tahun ini.

Ebit Lew merupakan anak ke-3 daripada 12  orang adik beradik. Dalam satu ceramah, beliau pernah menyebut. 6 orang daripadanya sudah memeluk Islam. Baki lagi 6 masih belum terima hidayah Allah. 

Beliau berbangsa Cina yang berasal  dari Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. 

Beliau telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan.

Tidak ada catatan peribadi Ustaz Ebit Lew mahupun laporan akhbar tentang nama penuh isteri beliau. Namun isteri beliau selalu berpenampilan purdah dalam laman Instagram Ebit Lew. 

Aktif Menjalankan Kerja Dakwah Walaupun Sering dikecam

Ustaz Ebit Lew merupakan insan yang banyak menyantuni rakyat Malaysia dengan penuh hikmah dan kasih sayang. 

Berbeza dengan cara sesetengah pendakwah yang menggunakan kekerasan, kecaman dan sebagainya, Ustaz Ebit Lew menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. 

Beliau tidak memilih tempat untuk menjalankan kerja dakwahnya. Dakwah kepada gelandangan,  penghuni penjara, anak-anak nakal, orang bukan Islam bahkan tidak ketinggalan kepada golongan mak nyah atau LGBT.

Dakwah Kepada Anak Muda “Geng Basikal Lajak” Pada Malam Tahun Baru

Dakwah Kepada Golongan Mak Nyah

Asbab kepada akhlak baik hati yang ditonjolkan beliau, ramai orang bukan Islam telah memeluk Islam di hadapan beliau. Alhamdulillah. 

BACA JUGA: Lebih 10 Tahun Merantau dan Mengenali Islam, Akhirnya Lelaki Ini Mengucap Di Hadapan Ebit Lew

Namun tidak ramai yang gembira dengan cara dakwah yang dilakukan oleh beliau. Ada yang mengecam caranya dan tidak kurang yang membuat laporan polis terhadap usaha-usaha murni yang dilakukan beliau. 

Pun begitu, beliau tetap tenang menjawab kecaman yang selalu di lontarkan beliau dengan penuh rendah diri. Dalam satu posting di Facebook, antara petikan catatan beliau adalah:

Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam.

“Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan.”

Mempunyai Perniagaan Sendiri Iaitu Restoran, Butik dan Syarikat Konsultansi

Mungkin ramai yang tidak perasan yang ustaz Ebit Lew mempunyai restorannya sendiri. 

Nama restorannya ialah Restoran Paramount Coffe House yang kini mempunyai 3 cawangan iaitu di Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Putrajaya.

Ustaz Ebit bersama isterinya di Restoran Paramount Coffee House

Restoran ini berkonsepkan  cafe makanan western food. Antara yang paling popular di sini ialah waffale banana, orea vanilla waffle dan pelbagai jenis spagheti.

Selain itu juga beliau mempunyai butik bajunya bernama Elew’s Design yang terletak di Bandar Baru Bangi. 

Bahkan juga beliau mempunyai syarikat konsultan dan motivasi  Transform Jiwa dengan program yang paling terkenal iaitu Keluarga Sunnah. 

Daripada program ini, beliau telah selamatkan banyak keluarga daripada bercerai berai. Bahkan ada kalangan bukan Islam turut sertai juga program ini. 

Pendapatan Ustaz Ebit Lew juga terhasil melalui video dakwahnya di Youtube.

Kenapa kita selalu melihat ada gambar atau videonya ketika berdakwah? Kerana ia merupakan cara dakwah melalui media yang sangat berkesan pada zaman sekarang. 

Selain itu, video-video tersebut dijadikan pendapatan pasif  dan membuka peluang pekerjaan untuk mereka yang edit dan tolong videokan kisah tersebut. 

Tidak timbul isu riak dan seumpamanya kerana zaman sekarang dakwah melalui media adalah lebih berkesan. 

Menulis Buku-Buku Motivasi Yang Best Seller

Buku motivasi Ustaz Ebit Lew

Selain berdakwah melalui media dan turun di jalanan, Ustaz Ebit Lew juga berdakwah melalui penulisan. Terdapat 9 buah buku yang pernah ditulis beliau. Antara buku yang tersebut ialah:

  1. Perjalanan hidayah umat
  2. Tangisan umat
  3. Doa dan amalan harian 
  4. Isteriku Bidadariku 
  5. Menelusuri cinta 
  6. 11 Amalan kekayaan
  7. Saya cuma posmen

Kebanyakan buku-buku ini adalah “best seller” di pasaran kerana pendekatan dakwah yang beliau gunakan. 

Melalui perkongsian Dato Seri Najib Razak, beliau juga memiliki salah satu daripada buku ini yang mempunyai tandatangan Ebit Lew. 

Mempunyai Followers Berjuta-juta di Facebook, Instagram dan Youtube

Ustaz Ebit Lew  mempunyai beberapa akaun media sosial iaitu Facebook,  Instagram, YouTube dan Twitter. 

Akaun Facebook beliau mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut. 

Pengikut  diInstagram Ustaz Ebit Lew pula seramai 2.7M.

Manakala subscriber di YouTube sebanyak 588K

*jumlah ini adalah benar ketika tulisan ini ditulis. Jumlah followers mungkin akan meningkat dari masa ke semasa. 

1.FacebookEbit Lew
2.InstagramEbit Lew
3.YoutubeEbit Lew
4.TwitterEbit Lew

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana mempunyai seorang pendakwah yang berhati mulia seperti Ustaz Ebit Lew

Pendekatan dakwah beliau sungguh menginspirasikan orang lain. Banyak asbab dakwah yang beliau lakukan membawa perubahan dalam masyarakat.

Semoga Ustaz Ebit Lew terus aktif dalam menjalankan dakwah-dakwah beliau. 


Jom baca juga koleksi mutiara kata Ustaz Ebit Lew yang menyentuh perasaan


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here