8 Perangai Penduduk PPR Yang Perlu Di Ubah Agar Tidak Menyusahkan Orang Lain

0
8199
Program Perumahan Rakyat (PPR)

Tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), ada 1001 isu dan perangai mereka yang tersendiri, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesarnya. 

Ada PPR yang OK sekiranya mempunyai pemantauan yang berkesan serta Rukun Tetangga penduduk yang mengambil berat terhadap persekitarannya. 

Namun sekiranya tiada inisiatif di atas, akan berlaku beberapa sikap dan perbuatan individu yang memberi kesan langsung kepada penduduk yang lain. 

BACA JUGA: Hanya Menggunakan Handphone Untuk Rakam Masakan: Kini Sugu Pavithra Jana Income Melalui Youtube

1) Kencing Dalam Lif

Kencing Dalam Lif

Perbuatan kencing dalam lif merupakan perbuatan paling keji dan kurang ajar yang berlaku di sesetengah PPR. 

Ada kalangan anak-anak nakal bahkan orang dewasa pun bersikap seperti tiada tamadun yang suka kencing di dalam lif. Ini menjadikan keadaan lif amatlah berbau busuk dan hancing menyebabkan kesusahan kepada pengguna lain. 

2) Buang Sampah Melalui Tingkap

Buang Sampah Terkena Kereta

Perbuatan buang sampah melalui tingkap boleh dikatakan perkara yang selalu dilihat dalam kebanyakan PPR. Macam-macam jenis sampah yang dibuang dari sekecil-kecil plastik gula-gula, sampailah kepada kerusi yang dibuang. Bahkan juga yang paling jijik ada yang buang tuala wanita yang sudah digunakan. 

Jika anda pernah terbaca berita tentang seorang kanak-kanak India yang mati selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Pantai Dalam – (Berita Astro Awani

Itu merupakan contoh kes kematian yang berlaku daripada perbuatan yang mementingkan diri sendiri akibat sikap malas dengan menampakkan sampah dari tingkat atas. Sebenarnya ada banyak lagi kes-kes buang sampah atau barang yang melibatkan kecederaan pada manusia serta kerosakan pada kenderaan. 


3) Merokok Dalam Lif

Merokok Dalam Lif

Perbuatan merokok di dalam lif sering juga berlaku dalam kebanyakan PPR. Hal ini adalah sikap mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dan keadaan orang sekeliling. 

Kita kena tahu, ramai orang guna lif. Dan ia merupakan akses dari tingkat ke tingkat yang lain.  Oleh itu, asap rokok yang berkumpul dalam lif lambat untuk keluar kerana pengudaraan yang tertutup. 

4) Simpan Sampah Berhari-Hari dan Buang di Tepi Tangga

Buang Sampah Tepi Tangga

Ada satu sikap sesetengah orang yang suka simpan sampah berhari-hari di rumah mereka sehingga menyebabkan bau yang busuk. 

Kemudian mereka mengambil sikap sambil lewa dan mudah dengan meletakkan sampah di tepi lif, tepi tangga atau sebagainya. 

Bagi yang membawa sampah masuk ke dalam lif, terdapat kebocoran pada plastik sampah sehingga menyebabkan lif menjadi berbau dan mengganggu semua orang yang lain. 

5) Bela Kucing Tapi Biarkan Kucing Kotorkan Rumah Orang Lain (tahi atau kencing kucing)  

Tahi Kucing Bersepah

Mungkin ramai yang tidak perasaan  “membela haiwan peliharaan” adalah antara peraturan yang dilarang oleh DBKL bagi kawasan perumahan awam PPR. 

Keadaan menjadi lebih teruk apabila kucing yang dibela dibiarkan bebas sehingga mengganggu penduduk yang lain dengan kencing dan tahi kucing. 

6) Rosakkan Butang Lif 

Rosakkan Butang Lif

Perbuatan merosakkan butang lif antara gejala vandalisme yang menyebabkan kesusahan kepada ramai pengguna. Antara mereka ini suka (tekan berkali-kali) atau tekan menggunakan kaki payung /kunci dengan alasan kuman atau kotor. 

Namun sebenarnya apabila lif rosak, semua orang tidak dapat menggunakannya dan ia pula menyusahkan orang lain terutamanya ketika berlakunya perkara-perkara kecemasan seperti kematian, orang sakit yang perlu ke Hospital dan sebagainya. 

7) Menghalang Laluan Koridor Atau Ramp

Menghalang Laluan PPR

Kebanyakan kenderaan yang digunakan oleh penduduk PPR adalah motorsikal selain daripada kenderaan-kenderaan yang lain. 

Satu amalan yang perlu diubah oleh pemilik motorsikal adalah tidak menghalang laluan koridor atau laluan Ramp yang menyebabkan kepayahan kepada orang lain untuk melalui kawasan tersebut. Penduduk PPR terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti keluarga yang ada anak-anak kecil, warga emas, OKU dan sebagainya. 

Jadi apabila laluan koridor atau Ramp dihalang ia menunjukkan sikap penting diri sendiri. 

8) Menyewakan Unit Mereka Kepada Pihak Ketiga Termasuk Warga Asing

Sewa PPR Kepada Warga Asing

Perbuatan menyewakan unit PPR kepada pihak ketiga disifatkan mengaut untung di atas angin. Bayangkan rumah yang disewakan daripada DBKL dengan jumlah RM124 kemudian disewakan pula orang lain dengan harga mencecah RM1000 bahkan lebih lagi.

Isu ini sudah berlarutan agak lama. Namun tidak ada penyelesaiannya. Laporan Sinar Harian menyebut perbuatan menyewa kepada orang lain termasuk warga asing adalah sesuatu yang sangat disesali  sedangkan ramai lagi memerlukan tempat tinggal. 


Diharapkan contoh-contoh perbuatan yang disebutkan di atas dapat diubah oleh individu-individu tertentu yang suka menjadikan sikap mereka tersebut sebagai suatu yang menyusahkan orang lain.


Pantai Dalam terkenal dengan tempat makan yang best. Jom tengok apa yang bestnya makanan di Pantai Dalam.

BACA JUGA: Lebih 10 Tahun Merantau dan Mengenali Islam, Akhirnya Lelaki Ini Mengucap Di Hadapan Ustaz Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here