Untuk anda yang ingin memohon BPN 2.0 bujang, terdapat beberapa maklumat penting yang perlu diketahui berkaitan proses permohonan baru, syarat, semakan dan rayuan kategori B40 dan M40.
Pada 23 September yang lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) sebagai lanjutkan daripada BPN yang pertama.
Bagi individu bujang kategori B40 dan M40 yang belum pernah memohon atau gagal dalam rayuan BPN 1.0, ini merupakan peluang kedua untuk memohon Bantuan Prihatin Nasional pada kali ini.
Oleh yang demikian, anda perlu meneliti maklumat dan info ini sebelum membuat permohonan agar permohonan anda diluluskan.
Apa Itu BPN 2.0 Bujang
BPN 2.0 bujang merupakan salah satu kategori Bantuan Prihatin Nasional yang disediakan oleh Kerajaan melalui Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) kepada golongan B40 dan M40.
Tarikh Permohonan Baharu BPN 2.0 untuk Bujang
Permohonan baharu BPN 2.0 untuk kategori bujang B40 dan M40 dibuka mulai 15 Oktober – 15 November 2020 (1 bulan).
Ia juga bersamaan dengan tarikh permohonan baharu kategori isi rumah B40 dan M40.
Syarat Permohonan Baru BPN 2.0 Bujang
Bujang B40
Untuk mereka yang tergolong dalam kategori B40, syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas).
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
Bujang M40
Manakala untuk mereka yang tergolong dalam kategori M40, syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas).
- Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000.
Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
Kategori | Pendapatan | Jumlah |
---|---|---|
Bujang B40 | RM2,000 dan ke bawah | RM500 |
Bujang M40 | RM2,001 hingga RM4,000 | RM300 |
Cara Memohon BPN 2.0 Bujang
Permohonan baharu boleh dibuat melalui dua cara iaitu;
- Secara online melalui laman https://bpn.hasil.gov.my
- Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM. Borang permohonan boleh dimuat turun di portal https://bpn.hasil.gov.my
Tarikh Pembayaran Bagi Permohonan Baharu BPN 2.0 Untuk Bujang?
Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 bujang dan isi rumah akan dibuat secara sekaligus mulai 21 Januari 2021.
Ini berbeza dengan pembayaran untuk mereka yang sudah mendapat BPN 1.0 di mana pembayaran akan di buat dalam dua fasa untuk BPN 2.0 iaitu
i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020.
ii. Fasa Kedua – Mulai 21 Januari 2021.
Bujang Tetapi Status Pelajar Separuh Masa, Bolehkah Memohon Untuk BPN2.0?
Pemohon Bujang yang berstatus pelajar separuh masa adalah layak memohon BPN2.0 sekiranya menepati syarat kelayakan.
Bujang Tetapi Status Pelajar Sepenuh Masa, Bolehkah Memohon Untuk BPN2.0
Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima BPN2.0.
Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh mengikuti di laman rasmi media sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia iaitu;
Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial
Kami juga akan mengemas kini halaman ini dari masa ke semasa dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut. |
Bayaran BPN 2.0 fasa kedua dipercepatkan oleh kerajaan berikutan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula dikuatkuasa pada 13 Januari 2021.
Jika anda seorang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) anda juga layak untuk memohon Geran Khas Prihatin GKP 2.0 sebanyak RM3000 yang dibayar secara one-off.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI