Thursday, July 25, 2024
HomeInfoCara Daftar Vaksin Covid-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Cara Daftar Vaksin Covid-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Anda kini sudah boleh daftar untuk menerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera. Ia merupakan salah satu daripada cara pendaftaran untuk penerimaan program vaksinasi yang diumumkan oleh JKJAV.

Aplikasi Mysejahtera yang telah dilancarkan sejak tahun lalu dalam menangani penularan wabak Covid-19 di Malaysia, telahpun dimuat turun lebih daripada 10 juta rakyat Malaysia.

Kaedah pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera telah dikemaskini bagi memudahkan rakyat Malaysia menerima vaksinasi yang sudah bermula sejak 26 Februari 2021 bagi fasa 1.

Berikut, adalah maklumat dan cara mendaftar vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtara

Apa itu Aplikasi MySejahtera

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk;

  •  Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
  •  Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  •  Dapat embantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  •  Boleh membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Kini aplikasi MySejahtera dapat digunakan untuk mendaftar bagi program vaksinasi Covid-19 untuk rakyat Malaysia.

Proses Vaksinasi Melalui Aplikasi MySejahtera 

Dalam buku panduan Program Imuniasi Covid-19 kebangsaan, pengguna yang mendaftar melalui aplikasi Mysejahtera dan laman web akan melalui beberapa fasa sebagaimana berikut:

1- Pendaftaran 

2- Suntikan Dos 1

3- Pemerhatian

4- Suntikan Dos 2

5- Pemerhatian

Sumber: BUKU PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Cara Daftar Diri untuk Mendapatkan vaksin Covid-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Pengguna baru – Bagi mereka yang belum mempunyai aplikasi mySejahtera perlu muat turun sama ada di Google Playstore atau Apple Appstore atau boleh mendaftar di laman https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/

Pengguna lama – Pengguna sedia ada yang sudah mempunyai aplikasi MySejahtera dalam peranti masing-masing caranya adalah sebagaimana berikut;

1) Update aplikasi MySejahtera di Playstore / IOS 

2) Kemudian tekan butang “open”

3) Tekan butang tutup yang terletak di penjuru kanan peranti

4) Klik pada icon Vaksinasi Covid-19

5) Klik pada maklumat peribadi yang tertulis nama yang didaftarkan.

6) Sahkan maklumat anda.

7) Tekan seterusnya untuk melihat sekiranya anda tergolong dalam fasa 1 untuk program vaksinasi

Program vaksinasi kini dalam Fasa 1 yang fokus pada anggota barisan hadapan.

Anda akan dimaklumkan apabila fasa seterusnya bermula. Sila tekan pada butang DI SINI untuk memberi maklumat tambahan untuk pendaftaran anda. Sila aktifkan pemberitahuan push di dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan maklumat terkini.

8) Isi maklumat yang diminta dan tekan butang hantar

Infografik panduan pendaftaran program vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera
Sumber; Majlis Keselamatan Negara

Kelebihan Daftar Menerima Vaksin Covid-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Rakyat Malaysia disaran menggunakan aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran vaksinasi ini kerana ia merupakan langkah yang paling cepat untuk mendaftar berbanding empat cara lain yang disediakan.

Pengguna disarankan mengaktifkan notifikasi pemberitahuan agar dapat menerima makluman mengenai status vaksinasi yang telah didaftarkan.


Panduan buat QR Code MySejahtera untuk premis, kedai, dan majlis perkahwinan.

RELATED ARTICLES

Most Popular