Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengisytiharkan kadar dividen untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah kepada ahlinya yang mencarum dengan badan tersebut.
Berdasarkan Akta KWSP 1991, badan itu perlu mencapai kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5% setiap tahun untuk simpanan konvensional.
Sementara, kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Pengumuman ini pastinya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia walaupun sebahagian mereka memilih mengeluarkan simpanan melalui i-Lestari dan i-SInar pada yang dibenarkan kerajaan.
Kadar Dividen KWSP 2020
Bagi tahun 2020, jumlah dividen yang diumumkan oleh KWSP adalah sebagaimana berikut;
Tahun | Simpanan Konvensional(Per Annum) | Simpanan Shariah(Per Annum) |
2020 | 5.20 | 4.90 |
Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional.
Dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Dividen KWSP Untuk Simpanan Konvensional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengisytiharkan dividen sebanyak 5.20% untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah pembayaran pada RM42.88 bilion.
Dengan itu, KWSP memenuhi mandatnya di bawah Akta KWSP 1991 untuk mencapai kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5% setiap tahun.
Untuk maklumat lanjut, klik pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/dividend
Dividen KWSP Untuk Simpanan Syariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengisytiharkan dividen sebanyak 4.90% untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah pembayaran pada RM4.76 bilion.
Untuk maklumat lanjut, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/dividend
Senarai Dividen KWSP Untuk Tahun Sebelum Ini
Tahun | Simpanan Shariah(Per Annum) | Simpanan Konvensional(Per Annum) |
2019 | 5.00 | 5.45 |
2018 | 5.90 | 6.15 |
2017 | 6.40 | 6.90 |
2016 | – | 5.70 |
2015 | – | 6.40 |
Walaupun berlaku sedikit penurunan pembayaran untuk tahun 2020, pengumunan dividen ni membuktikan bahawa KWSP tidak terjejas langsung dengan pengeluaran i-sinar dan i-lestari.
Cara KWSP Memperolehi Keuntungan Untuk Mengisytiharkan Dividen
KWSP mengisytiharkan pembayaran dividen tahunannya berdasarkan jumlah pendapatan daripada aset pelaburan.
Pendapatan ini termasuk rosot nilai, kos pelaburan dan kos-kos lain yang berkaitan.
Perbezaan di Antara Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional
PERKARA | SIMPANAN SYARIAH | SIMPANAN KONVENSIONAL |
---|---|---|
Pendaftaran | – Kaunter KWSP – KWSP Mobile team | – Automatik (melalui majikan) – Menghadirkan diri ke kaunter KWSP – Mel |
Dividen | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5% |
Pengeluaran | Kemudahan pengeluaran sedia ada dikekalkan kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Syariah | Kemudahan pengeluaran sedia ada dikekalkan |
Pelaburan | Pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus (ESG) dan prinsip Syariah. | Pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). |
Apakah itu Pelaburan Tidak Patuh Syariah
Ia merujuk kepada pelaburan yang melanggar prinsip Syariah seperti pelaburan berasaskan faedah (riba) contohnya; stok perbankan konvensional, pinjaman konvensional dan bon.
Di samping itu, pelaburan ekuiti yang tidak mematuhi kriteria saringan Syariah yang diterima pakai oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP juga dianggap sebagai pelaburan tidak patuh Syariah seperti syarikat yang memperolehi pendapatan daripada aktiviti tidak patuh Syariah dan mempunyai hutang dan wang tunai dalam konvensional instrumen yang melebihi ambang yang dibenarkan.
Manakala, pelaburan hartanah tidak patuh Syariah ditentukan berdasarkan pendapatan sewa yang diperoleh daripada penyewa yang menjalankan aktiviti tidak patuh Syariah.
Walau bagaimanapun, KWSP memastikan semua pelaburan, termasuk aset tidak patuh Syariah, adalah dilakukan secara beretika, di mana pelaburan dalam sektor yang menghasilkan dan mempromosikan alkohol, tembakau, perjudian, hiburan dewasa dan senjata ketenteraan adalah dilarang.
Cara Mendapatkan Penyata Ahli KWSP untuk Tahun 2020
Penyata Ahli 2020 boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi i-Akaun (Ahli), kaunter-kaunter cawangan KWSP, kios di premis KWSP dan kios di premis pihak ketiga.
Dalam mematuhi SOP COVID-19, ahli digalakkan untuk mendapatkan Penyata Ahli 2020 melalui i-Akaun (Ahli).
Ahli yang ingin mendapatkan penyata KWSP bagi melihat dividen 2020 melalui i-Akaun, boleh melihat tutorial berikut: