Kemaskini Akaun Bank Geran Khas Prihatin (Status Gagal Kredit GKP)

9
368
Kemaskini Akaun Bank Geran Khas Prihatin (Status Gagal Kredit GKP)

Berita baik kepada pemohon Geran Khas Prihatin, pihak LHDN telah mengumumkan pembukaan untuk kemaskini Akaun Bank pemohon GKP bagi mereka yang menerima status Gagal Kredit.

Bagi penerima GKP 1.0 dan 2.0, 3.0, GKP Permai, GKP Pemerkasa+ yang berstatus gagal kredit, kini sudah boleh membuat permohonan kemaskini akaun di laman portal rasmi GKP.

Mereka yang menerima status gagal kredit menyebabkan bayaran tidak dapat dilakukan ke dalam akaun masing-masing.

Ini disebabkan akaun bank tidak aktif, gagal kemaskini akaun bank GKP dan sebagainya.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya status permohonan GKP saya adalah Tidak Layak kerana Gagal Kredit Bayaran GKP?

Permohonan yang berstatus Tidak Layak kerana Gagal Kredit bayaran GKP akan diberi peluang untuk mengemasini maklumat Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi di menu Kemas kini No. Akaun pada Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my/

Akaun bank yang dikemaskini hendaklah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak mempunyai akaun bank selain dari akaun bank yang telah saya daftarkan pada permohonan GKP sebelum ini?

Pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).

Pemohon juga digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP) bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran semula GKP?

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan / semasa kerana pembayaran semula GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Bilakah tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dilakukan?

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal GKP https://gkp.hasil.gov.my mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Bilakah pembayaran semula GKP akan dilakukan bagi status Gagal Kredit?

Pembayaran semula GKP akan dilakukan selepas tamat tempoh permohonan kemas kini maklumat Akaun Bank. T arikh sebenar pembayaran semula GKP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekiranya saya mengemaskini maklumat Akaun Bank, adakah saya akan menerima bayaran semula GKP 1.0 / GKP 2.0 saya yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini?

Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.

Sekiranya pembayaran GKP berstatus gagal kredit dan saya baru sahaja mengaktifkan Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi tersebut, adakah saya perlu membuat kemas kini akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan?

Ya. Anda perlu membuat kemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan dengan memasukkan maklumat akaun bank yang sama memandangkan pembayaran semula hanya akan dikreditkan kepada pemohon yang mengemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh tersebut.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Mengenai  Status pembayaran GKP

Sebarang pertanyaan mengenai  GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).  

Sumber: Portal Geran Khas Prihatin

9 COMMENTS

  1. Permohonan GKP.3.0 lulus.. Tapi NO. ACC pula Salah keyin madam mana.. nak update ac no.. pls late me now. Sir..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here