Sunday, December 8, 2024
HomeInfoRayuan GKP 2.0: Semakan Permohonan dan Tarikh Bayaran PKS

Rayuan GKP 2.0: Semakan Permohonan dan Tarikh Bayaran PKS

Ramai pemohon baharu daripada kalangan PKS yang mengadu tentang tarikh bayaran serta rayuan GKP 2.0 yang belum dilulus dan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing sehingga kini.

Laman web rasmi GKP memaklumkan, keputusan Rayuan GKP2.0 dan pembayaran semula termasuk bagi status Gagal Kredit GKP 2.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.    

Sebagai makluman, permohonan GKP 2.0 telah dibuka mulai 1 – 31 Oktober 2020 (1 bulan) yang lalu dengan jumlah bayaran  RM3,000 secara one-off.

Ada yang sudah diluluskan dan ada yang belum diluluskan disebabkan pelbagai faktor.

Keterangan Kod Tidak Lulus GKP 2.0

Kod AlasanAlasan Tidak LulusKeterangan
01Tidak Beroperasi 2020Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang
02JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300KJualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
03JUALAN >= 300KJualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
04TIDAK WUJUD DI AGENSIPemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020: LHDNM, atau; SSM, atau; Pihak BerkuasaTempatan (PBT)
05PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
06PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
07ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1Perniagaan melebihi satu permohonan

Tarikh Semakan & Bayaran Rayuan GKP 2.0

Dalam satu kenyataan hari ini, Tengku Zafrul memaklumkan, keputusan tarikh semakan status kelulusan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) boleh dibuat mulai 4 Februari (Khamis) melalui portal https://gkp.hasil.gov.my

Katanya, mengambil kira GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion.

Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan.

Ia akan dibayar mulai 5 Februari (Jumaat).

Cara Semakan Keputusan Rayuan GKP 2.0

Bagi pemohon yang sedang menanti keputusan kelulusan semakan GKP 2.0, boleh membuat semakan di laman rasmi https://gkp.hasil.gov.my

GKP Tambahan PERMAI (GKP 2021)

Sebagai makluman, GKP Tambahan telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Ia diperluaskan kepada kepada 500,000 PKS bagi negeri-negeri yang dikenakan PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000.

Penerima dari kalangan  PKS mikro yang telah pun menerima GKP 1.0 dan 2.0, mereka tidak perlu mendaftar semula dan bantuan RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun mereka.


Maklumat terkini tentang GKP Tambahan RM1,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

RELATED ARTICLES

Most Popular