Wednesday, September 27, 2023
HomeInfoCara Mendaftar dan Memohon Program Penjana KPT-CAP Untuk Graduan

Cara Mendaftar dan Memohon Program Penjana KPT-CAP Untuk Graduan

Dalam usaha  mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19, kerajaan Malaysia melalui Program Penjana KPT-CAP  telah dilancarkan sebagai salah satu inisiatif untuk graduan yang sukar mendapat pekerjaan. 

Program yang dikendalikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ini telah menerima  peruntukan RM100 juta di bawah PENJANA yang akan digunakan bagi menangani isu siswazah menganggur.

Objektif utama program ini ialah meningkatkan kebolehpasaran graduan, mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19 dan mengekal serta meningkatkan kemahiran pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19. 

Oleh yang demikian, graduan yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan perlu segera merebut peluang yang ditawarkan ini. 

Apa Itu Program Penjana KPT-CAP? 

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme (CAP) di bawah KPT atau PENJANA KPT-CAP adalah inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.

Program ini dapat meningkatkan kemahiran jangka pendek dan sederhana, ia juga membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memberikan nilai tambah melalui pensijilan professional.

Tarikh Pelaksanaan dan Pemantauan Program 

Pelaksanaan dan pemantauan program PENJANA KPT-CAP akan bermula pada 16 OKTOBER 2020 – 31 DISEMBER 2020.

Peserta akan dipilih daripada 20 buah universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. 

Bagi peserta yang terpilih, penempatan pekerjaan  akan bermula pada 1 JANUARI 2021. 

Kredit Photo: Kementerian Pengajian Tinggi

Syarat Umum Permohonan Program Penjana KPT-CAP

  • Warganegara Malaysia
  • Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
  • Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  • Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA. 

Cara Memohon Program PENJANA-KPT CAP?

Bagi graduan yang BERMINAT, anda boleh menyertai program ini melalui Portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT). 

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui portal GREaT http://great.mohe.gov.my

Panduan permohonan adalah sebagaimana carta berikut:

Sumber: GREaT

Sekiranya Saya Tidak Layak Untuk Memohon Program PENJANA KPT-CAP, Apakah Ada Peluang Lain?

Notifikasi Tidak Layak Memohon PENJANA KPT-CAP
Notifikasi begini akan keluar sekiranya no Mykad yang anda masukkan tidak layak memohon. Namun jangan bimbang kerana ada program lain yang boleh dipohon.

Sekiranya no. Mykad yang anda masukkan  tidak layak untuk memohon Program PENJANA KPT-CAP”, anda masih berpeluang untuk memohon di bawah Program PENJANA HRDF. 

Apa itu PENJANA HRDF?

PENJANA HRDF merupakan satu inisiatif  Inisiatif Program Latihan tentang bagaimana menjana peluang pekerjaan dan latihan serta usaha kerajaan membantu menangani isu pengangguran akibat pandemik COVID-19.

Link untuk PENJANA HRDF ialah:

https://penjanahrdf.com.my/

Agensi Lain Yang Menawarkan Program ‘Upskilling & Reskilling’ PENJANA Selain KPT?

Terdapat 7 agensi lain yang turut menjalankan program ini iaitu;

  1. Human Resource Development Fund (HRDF), https://www.hrdf.com.my/
  2. Majlis Amanah Rakyat (MARA), https://www.mara.gov.my/en/index/
  3. Northern Corridor Economic Region (NCER), https://www.ncer.com.my/
  4. East Coast Economic Region (ECER), https://www.ecerdc.com.my/en/
  5. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), https://www.medac.gov.my/
  6. Kementerian Belia dan Sukan (KBS), http://www.kbs.gov.my/
  7. Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC), http://www.motac.gov.my/

Pertanyaan Dan Maklumat Untuk Dihubungi Berkaitan Program 

Sebarang pertanyaan dan Info lanjut bolehlah menghubungi sebagaimana maklumat berikut:

Alamat:

Urus setia PENJANA KPT-CAP
Aras 3, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar,
Kementerian Pengajian Tinggi
Presint 5, 62200, PUTRAJAYA
No. Telefon :
KPT : 03-8870 5088/4332/5445
JPT : 03-8870 6473/6464/6479
JPPKK : 03-8888 2667/3406/3511
Emel :
[email protected]

*Kami akan mengemas kini halaman ini dari masa ke semasa sebagai info dan panduan anda.


BACA JUGA BEBERAPA BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH POHON:


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular