Sunday, October 6, 2024
HomeInfoTerkini Tarikh Bayaran Rayuan GKP 2.0 Dibuat Pada 5 Februari

Terkini Tarikh Bayaran Rayuan GKP 2.0 Dibuat Pada 5 Februari

Terkini, laporan Harian Metro memaklumkan tarikh bayaran bagi rayuan GKP 2.0 akan mula dibayar pada 5 Februari 2021.

Untuk semakan kelulusan dan rayuan bagi GKP 2.0, ia boleh dibuat mulai mulai 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Sebelum ini, ramai pemohon baharu daripada kalangan PKS yang mengadu tentang tarikh bayaran serta rayuan GKP 2.0 yang belum lulus dan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing sehingga kini.

Oleh yang demikian, ini merupakan berita baik bagi PKS  yang membuat rayuan bagi GKP 2.0.

Tarikh Bayaran Rayuan GKP 2.0

Bayaran bagi rayuan GKP 2.0 akan mula dibayar mulai 5 Februari 2021.

Semakan Kelulusan Rayuan GKP 2.0

Semakan bagi rayuan GKP 2.0 boleh dibuat di portal GKP https://gkp.hasil.gov.my.

Jumlah Bayaran GKP 2.0

Jumlah bayaran bagi GKP 2.0 adalah sebanyak RM3,000 secara one-off.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan rayuan dibuat.

Sebagai makluman, GKP Tambahan telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Ia diperluaskan kepada kepada 500,000 PKS bagi negeri-negeri yang dikenakan PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000.

Penerima dari kalangan  PKS mikro yang telah pun menerima GKP 1.0 dan 2.0, mereka tidak perlu mendaftar semula dan bantuan RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun mereka.

Di bawah pakej rangsangan ekonomi Kita Prihatin, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 yang juga bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini. 

Ia  bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro. 

Keterangan Kod Tidak Lulus GKP 2.0


Kod Alasan
Alasan Tidak LulusKeterangan
01Tidak Beroperasi 2020Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang
02JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300KJualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
03JUALAN >= 300KJualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
04TIDAK WUJUD DI AGENSIPemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020: LHDNM, atau; SSM, atau; Pihak BerkuasaTempatan (PBT)
05PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
06PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
07ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1Perniagaan melebihi satu permohonan

Maklumat terkini tentang GKP Tambahan RM1,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

RELATED ARTICLES

Most Popular