Friday, September 26, 2025
HomeInfoContoh Surat Kebenaran Bekerja Daripada Majikan Semasa PKP & PKPB

Contoh Surat Kebenaran Bekerja Daripada Majikan Semasa PKP & PKPB

[Kemaskini] Ini merupakan format atau contoh surat rasmi kebenaran bekerja daripada majikan yang perlu ditunjukkan oleh pekerja bagi mengelakkan ditahan semasa roadblock atau dikenakan tindakan oleh Polis. 

Surat kebenaran bekerja ini perlu dikeluarkan oleh majikan dengan menggunakan kepala surat/letterhead ataupun meletakkan cop syarikat. 

Dalam tempoh PKP dan PKPB, pergerakan keluar masuk/merentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah atau daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja bersama dokumen sokongan surat kebenaran daripada majikan

Berikut adalah contoh atau template yang anda boleh gunakan. Anda juga boleh download contoh surat ini bagi memudahkan urusan. 

Contoh 1: Surat Kebenaran Bekerja Daripada Majikan Semasa tempoh PKP/PKPB


 
 
Tarikh: 13 Januari 2021
 
Kepada Pihak Penguasa Yang Berkenaan, 
 
Tuan/Puan, 
 
SURAT KEBENARAN UNTUK BEKERJA DAN RENTAS DAERAH/NEGERI SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 
 
Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan penghantar barang bagi Syarikat Roti Lazat Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran (001123-M) yang ditugaskan untuk menghantar keperluan makanan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. 
 
Syarikat kami bertanggungjawab membekalkan keperluan makanan kepada peruncit-peruncit sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi keperluan penduduk setempat. 
 
Oleh yang demikian, pemilik surat ini perlu menghantar stok makanan untuk keperluan setempat. Maklumat pegang surat ini ialah;
 
Nama: Syed Muhammad Abbas Bin Syed Ali
No KP: 820302015001
Alamat Rumah: No 35, Jalan Pantai Baharu, 50604 Lembah Pantai Kuala Lumpur
 
Sehubungan dengan itu, pihak syarikat memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat ini untuk menghantar makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Sekian, Terima Kasih.
 
Yang Benar,
 
 
……………….
Haji Said bin Mohd Noor 
Pengurus  Syarikat Roti Lazat Sdn Bhd
No Tel: 0123456789 
 
*nota: Print surat ini guna kepala surat / letterhead syarikat. Sekiranya tiada gunakan cop syarikat

Contoh 2: Surat Pelepasan Bekerja Semasa Tempoh PKP/PKPB

Tarikh: 13 Januari 2021
 
Kepada Pihak Penguasa Yang Berkenaan 
 
Tuan/Puan, 
 
SURAT PELEPASAN BEKERJA  SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) 
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 
 
Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan kerani di Syarikat Kejuruteraan MIMO Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan untuk industri telekomunikasi dalam pembuatan menara telekomunikasi. 
 
Syarikat kami bertanggungjawab  dari segi kejuruteraan, pembuatan serta pembinaan menara telekomunikasi yang berpusat di Petaling Jaya.  
 
Oleh yang demikian, pemilik surat ini perlu hadir bekerja di syarikat berdasarkan polisi MITI “30 peratus (30%) pekerja dibenarkan berada di pejabat bagi kumpulan pengurusan).
 
Maklumat pekerja adalah sebagaimana berikut:
 
Nama: Siti Sofea Khairiyyah Binti Ahmad
No Staf: B335421
No KP: 820902055002
Alamat Rumah: No 50, Jalan Medan 10, Taman Medan, 46150 Selangor 

 
Sehubungan dengan itu, pihak syarikat memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat ini untuk hadir bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 
 
Sekian, Terima Kasih
 
Yang Benar
 
 
Tengku Mokhtar Bin Tengku Ibrahim
Pengurus, 
Syarikat Kejuruteraan MIMO Sdn Bhd 
No Tel: 0123456789 
 
 
*nota: Print surat ini guna kepala surat / letterhead syarikat. Sekiranya tiada gunakan cop syarikat

CONTOH 3:

29 Jamadilawal 1442H
13 Januari 2021
 
Kepada Pihak Penguasa Yang Berkenaan 
 
Tuan/Puan, 
 
SURAT PELEPASAN PERJALANAN UNTUK STAF PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI PULAU PINANG, SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN, MELAKA, JOHOR DAN SABAH
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 
 
2. Dengan ini dishpan penama di bawah adalah staf Pusat Perubatan Universiti Malaya yang diarahkan uituk menjalankan tugas sepanjang tempot Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Tarikh 13 Januari 2021 sehingga tamatnya tempoh PKP berdasarkan arahan daripada pihak kerajaan. 
 
3. Butir-butir penama adalah sebagaimana berikut
 
a) Nama: Siti Nor Hanizah Binti Muhammad
b) No Staf: IHA384755
c) Jawatan: Terapis Cara Kerja
d) Alamat Rumah: No 50, Jalan Medan 10, Hulu Langat , 46150 Selangor 

 
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat ini untuk hadir bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
 
Sekian, Terima Kasih
 
Yang Benar
 
 
Prof Dr Nazriah Hashim
Pengarah,
Pusat Perubatan University Malaya 
*nota: Print surat ini guna kepala surat / letterhead syarikat. Sekiranya tiada gunakan cop syarikat

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari 2021 – 26 Januari 2021

Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5) sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu:

  1. Pengilangan dan pembuatan
  2. Pembinaan
  3. Perkhidmatan
  4. Perdagangan dan pengedaran
  5. Perladangan dan komoditi

Sekatan pergerakan di negeri yang dikenakan PKP. Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 & 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.

Sepanjang pelaksanaan PKP, gerai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away manakala bagi kawasan PKP-B dan PKP-P, kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

Hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan  berada di pejabat manakala bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing. Perlu diingatkan jumlah pekerja yang ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.

Kawalan Pergerakan bagi mengurangkan risiko jangkita dan memutuskan rantaian COVID-19 – Pergerakan rentas negeri adalah Tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.
Mengurangkan risiko jangkita COVID-19 di tempat kerja – Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa. Semua majikan mesti mematuhi arahan ini untuk mengurangkan pergerakan di dalam komuniti, terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi.

Senarai SOP lanjut sila rujuk laman rasmi MKN.

Download Template / Contoh Surat Kebenaran Bekerja Daripada Majikan

*sila gunakan kepala surat / letterhead syarikat ataupun gunakan cop rasmi syarikat untuk tujuan pengesahan. 

Tarikh Kemaskini: 12 Januari 2021


Bagi mereka bukan pekerja yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri bagi tujuan kecemasan perlu mengisi borang rentas negeri dan mendapat pengesahan Balai Polis berdekatan. Download borang permit rentas negeri PKPB di sini.


Sekiranya anda memerlukan contoh surat “MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBINGAN PENULARAN COVID-19” rujuk laman ini;


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular