Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Negeri Wilayah Persekutuan tahun 2021 / 1442H melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamaad Al-Bakri di Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu juga, MAIWP turut memperkenalkan kaedah pembayaran dalam talian (online) selari dengan norma baharu.
Kadar bayaran zakat fitrah ini merupakan ketetapan bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tahun 1442H / 2021M.
Menurut Datuk Dr Zulkifli kadar itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.
Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2021 / 1442H
Negeri | Kadar Bayaran |
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) | – RM5.00 (kadar wajib) – RM7.00 – RM14.00 |
MAIWP telah menetapkan tiga kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi pembayar zakat di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu kadar RM5 bagi golongan biasa, RM7 bagi golongan berkemampuan dan RM14 bagi golongan yang mampu.
“Kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah sebanyak RM5 dan jumlah tersebut ditetapkan untuk meringankan beban umat Islam kurang berkemampuan dalam menunaikan kewajipan itu ketika Covid-19.
Dua lagi kadar ialah RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan selain ingin membayarnya secara gandaan mengikut beras dimakan.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2021
Selari dengan norma baharu, MAIWP turut memperkenalkan kaedah pembayaran secara dalam talian yang boleh di akses melalui laman web rasmi MAIWP www.maiwp.gov.my.
Selain itu, bayaran zakat fitrah ini juga boleh dibuat secara atas talian melalui platform berikut;
1. portal PPZ
2. Laman sesawang ejen-ejen Bank (14 buah bank)
3. PayHalal
4. Portal MyEG;
5 U-Mobile; dan
6. Pos Online
Bagi bayaran secara manual atau melalui kaunter / amil yang dilantik pula, setiap amil juga akan diberikan QR Code yang boleh diimbas untuk transaksi tanpa tunai.
Selari dengan suasana norma baharu, pembayar zakat digalakkan untuk membayar secara online atau transaksi tanpa tunaii sebagaimana yang disebutkan di atas.
Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Apakah Hukum Zakat Fitrah?
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Pusat Pungutan Zakat MAIWP melalui Facebook;
https://www.facebook.com/myzakat
Anda juga boleh merujuk laman web Pusat Pungutan Zakat MAIWP melalui pautan berikut;
Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain di seluruh Malaysia