Apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan covid-19 sebagai pandemik dan tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pihak turut merasai kesannya. Termasuklah juga bagi Orang Kurang Upaya (OKU).
Cabaran OKU ketika covid-19 dan PKP adalah lebih tinggi sebagaimana cabaran mereka dalam kehidupan seharian.
Bagi OKU yang mempunyai masalah kesihatan seperti Spinal Cord Injury(SCI), stroke dan lain-lain, risiko untuk dijangkiti adalah lebih besar berbanding yang lain.
Ini disebabkan keadaan kesihatan yang sedia ada, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah fungsi pernafasan, fungsi sistem imunisasi, penyakit jantung, masalah buah pinggang dan lain-lain.
BACA JUGA: Bagaimana Kita Boleh Membantu Barisan Hadapan Negara Dalam Menghadapi Covid-19?
Bagi OKU yang mengalami masalah pendengaran pula, sudah pasti berhadapan dengan kesukaran mengakses maklumat terkini sekiranya siaran langsung (live) yang diadakan tiada jurubahasa isyarat.
Bagi OKU Mental pula, berhadapan dengan tekanan emosi yang tinggi dalam tempoh PKP ini.
Sementara bagi ibubapa yang mempunyai anak autisme turut sukar untuk menjalani terapi secara berkumpulan ketika ini.
Namun, WHO melalui laman webnya telah menggariskan beberapa panduan umum kepada OKU, apa yang perlu dibuat ketika ini.

Panduan ini mungkin berbeza antara kategori-kategori OKU.
Namun apa yang saya boleh simpulkan melalui artikel yang dikeluarkan oleh WHO ini adalah sebagaimana berikut:
1) Minta bantuan ahli keluarga, penjaga atau rakan sekiranya menghadapi masalah dan kesulitan untuk pergi mencuci tangan dan kebersihan diri.
2) Mengelakkan persekitaran yang penuh sesak. Serta juga mengamalkan social distance “menjarakkan diri” dengan orang lain ketika di tempat awam.
3) Mempertimbangkan untuk membuat temujanji (appointment) pada waktu kemuncak sama ada di hospital atau klinik kesihatan.
4) Memanfaatkan laluan khas untuk OKU sekiranya ia ditawarkan di mana-mana tempat awam.
5) Membuat pembelian secara atas talian (online) atau meminta bantuan keluarga, rakan dan orang terdekat untuk membantu.
6) Memastikan barang keperluan seperti makanan, alat cucian, bekalan ubat-ubatan mencukupi untuk tempoh yang panjang. Ini bagi mengelakkan kekerapan untuk berada di tempat awam.
7) Kerap membersihkan alat bantuan seperti kerusi roda (wheelchair), kusyen wheelchair, papan pemindahan (transfer board), tongkat putih (white cane) dan sebagainya apabila keluar ke tempat awam (hospital, pasaraya, dan lain-lain).
8) Bagi mereka yang mempunyai caregiver (pembantu), cari “backup” sekiranya pembantu tidak sihat atau diarah untuk kuarantin.
Dalam pada itu juga, WHO menyarankan kepada Kerajaan atau media agar berkomunikasi dengan menggunakan kaedah yang “mudah dibaca” dan diakses untuk semua orang. Ini termasuklah bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan, masalah kognitif, dan kurang upaya intelektual.
Termasuklah juga istilah-istilah lain yang digunakan serta menyediakan jurubahasa isyarat ketika siaran langsung sesuatu pengumuman penting.
Sebenarnya ada banyak lagi panduan terperinci yang dijelaskan WHO. Sekiranya anda ingin membaca secara lanjut, boleh layari website WHO.
Sekiranya juga ada yang mengalami stress ketika Perintah Kawalan Pergerakan, saya turut menulis satu artikel umum pada pautan berikut:
Sila sebarkan agar komuniti OKU sentiasa cakna dengan situasi semasa ketika ini.
Sekiranya ada cadangan atau penambahbaikan, sila komen di bawah.
#kitajagakita
#dudukrumah
#perintahkawalanpergerakan
BACA JUGA: Bagaimana Memilih Kerusi Roda Yang Sesuai: Tips dan Panduan
BACA JUGA: 10 Cara Menghormati OKU Supaya Kita Menjadi Warga Yang Prihatin